,
Berita

Kecoh! Netizen Perasan Kelibat Lembaga Putih Dalam Video Muzik Ryan Deedat - "Shooting Pun Kat Puchong"

ZULHILMI JALIL
22/10/2020
23:20 MYT
Muzik video lagu Monalisa nyanyian penyanyi Ryan Deedat mencuri tumpuan warganet selepas terdapat pihak yang mendakwa terlihat kelibat lembaga putih dalam klip video berkenaan.
Perkara itu hanya disedari seorang pengguna, Mohd. Izwandy yang memaklumkan hal tersebut di ruangan komen selepas kira-kira seminggu video berkenaan dimuat naik di Youtube.
"Maaf ternampak ada lembaga putih di belakang bila babak akhir ketika Monalisa acukan pistol, korang nampak tak?," tulisnya.
Ekoran komen tersebut, rata-rata netizen cuba meneliti semula kemunculan lembaga yang dimaksudkannya itu.
Nah! Ternyata kelihatan satu objek putih yang tidak dikenal pasti muncul pada minit 3:20.
Bahkan, ramai yang mula mendakwa kemungkinan objek tersebut merupakan lembaga yang dikenali sebagai pocong.
Begitupun, Ryan ketika dihubungi Gempak memberitahu bahawa dia sendiri hanya menyedari hal tersebut selepas perkara berkenaan menjadi perbualan dalam kalangan netizen.
"Pada mulanya, saya dan pihak pengurusa tak sedar pun ada penampakan sosok hantu. Bila dah seminggu keluar tiba tiba ada komen di YouTube menyatakan ada penampakan.
"Baru kami semua sedar ada kehadiran lembaga yang tak dijemput. Dari situ kami mula fikir balik, mungkin kami salah tapi bila semak dengan kawan-kawan semua kata mereka nampak benda yang sama. Itu yg membuatkan kami tertanya-tanya apakah lembaga tersebut," ceritanya.
Menurut Ryan, penggambaran muzik video tersebut dilakukan di Puchong, Selangor pada waktu malam.
Ketika penggambaran, seramai tujuh orang kru berada di lokasi yang dirakam di sebuah deretan premis kedai.
"Masa kami shooting tak nafikan memang ada rasa seram sejuk dekat kawasan tu. Cuma, saya dan team memang tak endahkan dan tak nak ada fikiran negatif sebab kami memang nak selesaikan tugasan kami.
"Tak sangka pula ada kehadiran makhluk yang tak diundang di situ," katanya.
Terdahulu, muzik video tersebut diterbitkan pada 21 September lalu.
Sebelum ini Ryan yang dikenali dengan muzik berentak raggaeton itu pernah muncul dengan single berjudul Salimah bergandingan bersama penyanyi Allahyarham Sandra Dianne.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sean Lee Nafi Tiru Tarian Jungkook - "Sebenarnya Idea & Konsep Sudah Dibuat Awal"

gempak
18/01/2024
00:55 MYT
"Saya tak tiru sesiapa pun"
Laman Utama

Suami Izin Aishah Al Iman Muncul Dalam MV Wany Hasrita

gempak
02/11/2023
08:55 MYT
MV Cinta Hatiku kini boleh ditonton.
Laman Utama

"Saya Serahkan Pada Peguam" - Aliff Syukri

gempak
04/04/2023
08:15 MYT
Aliff Syukri sedang sibuk uruskan kelahiran cahaya mata baharu.
Laman Utama

"Kami Nak Lagu & Video Raya Aliff Syukri Disekat" - Irama Buat Laporan Polis! Anggap Tak Sopan, Hina Baju Melayu

gempak
04/04/2023
07:30 MYT
Irama tampil buat laporan polis, mahu bawa isu ke KKD!
Laman Utama

200,000 Rakyat Malaysia Muflis, Golongan Muda Paling Ramai! Ryan Deedat Kongsi Solusi...

gempak
10/03/2023
04:43 MYT
Ramai rupa-rupanya golongan muda diisytihar muflis...