,
Berita

Kecoh Dituduh Jual Cincin Emas Tiruan, Ada Dakwa Sam Lim Cuba Gula-Gulakan Followers!

Ernalisa
23/09/2024
07:25 MYT
Belum reda isu penipuan jualan cincin emas tiruan, pempengaruh media sosial terkenal Sam Lim terpalit pula dengan dakwaan cuba menggula-gulakan pengikut media sosialnya, terutamanya Melayu.
Ada juga dakwaan Sam Lim cuba menyogok pengikut dengan menawarkan hadiah mahal seperti telefon pintar.

BERITA BERKAITAN : Anak Artis Mengamuk Netizen Kutuk Pakai Tudung Sebab Selindung Hamil

BERITA BERKAITAN : Tyzo Ulas Sebab Padam Foto DJ Lin - “Tak Perlu Nak ‘Gambarkan’ Seseorang Yang Tutup Periuk Nasi Saya”

BERITA BERKAITAN : Dex & Kim Dong Hyun Sertai Keluarga ‘The Zone’ Survival Mission! | Eat, Movie, Repeat [Interview]

BERITA BERKAITAN : Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang" Sam Lim bagaimanapun tampil menafikan dakwaan tersebut dan memohon orang ramai agar tidak menyentuh sensitiviti terutamanya isu perkauman.

"Saya langsung tiada niat gula-gulakan orang Melayu. Semua kena faham kebanyakan pengikut saya memang belia-belia dan mereka daripada orang-orang Melayu. 90 peratus saya boleh katakan pengikut saya berbangsa Melayu.

"Tolong jangan mainkan isu perkauman!" tegas Sam Lim.
Dia yang kecewa dengan tuduhan itu bagaimanapun mengakui tidak semua yang suka dengan kebaikan dan kejayaan yang dilakukan seseorang.

"Bukan begini caranya... saya terima kritikan, tetapi tolonglah jangan libatkan kaum-kaum tertentu.

"Jujur saya cakap, saya sedih. Kerana pemberian saya itu secara random dan saya benar-benar ikhlas dengan apa yang saya bagi pada mereka.
"Saya percaya mereka juga tahu apa yang saya lakukan itu memang datang dari hati. Bukan mahu menunjuk atau sebagainya," katanya.
Bulan lalu pempengaruh muda ini terpalit dengan dakwaan cuba menipu pengikutnya dengan menjual emas tiruan.
Namun Sam Lim tidak lari dari kecaman, sebaliknya dia bertanggungjawab memulangkan semula wang pembelian individu yang telah membeli cincin berkenaan dengannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Shaheizy Sam Ulas Isu Filem La Luna Yang Dikatakan Ada Unsur ‘Soft Porn’ - Terpulang Pada Hati Nak Hukum Filem Itu Bagaimana”

gempak
01/03/2024
05:00 MYT
Pelakon, Shahiezy Sam berpendapat bahawa setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza untuk menilai filem lakonannya yang berjudul La Luna.
Laman Utama

“Kita Lebih Hargai Yang Follow” - Video Kontroversi Tak Halang Pengikut Fasha Sandha Bertambah 25,000

gempak
17/09/2023
00:34 MYT
Followers Fasha naik 25,000
Laman Utama

#PE3: Syatilla Tak Sangka Zizan Terfikir Puting 'Kuyu' Sam - "Aku Hari-Hari Tengok Tak Larat Dah..."

gempak
01/06/2023
01:55 MYT
Syatilla pun tak perasan.
Laman Utama

Shaheizy Sam Elak Komen Masalah Rumah Tangga Orang - “Saya Percaya Kifarah”

gempak
20/03/2023
10:00 MYT
Ada betul kata Sam tu...
Laman Utama

Bront Palarae & Shaheizy Sam Teruja Bintangi Filem Rajah - “Walaupun Dari Negara, Latar Belakang & Budaya Berbeza…”

gempak
02/03/2023
07:50 MYT
Wah menarik!