Hiburan
“Kebahagiaan Saya Adalah Dia..." - Ini Luahan Hati Syamel Buat Ernie Zakri Selepas Menang SCTV Awards 2024 Di Indonesia
Penyanyi, Syamel menyatakan kemenangan isterinya, Ernie Zakri di Anugerah SCTV Awards 2024 adalah rezeki untuknya.
Menerusi video di Instagram ERA, Syamel memberitahu kejayaan isterinya itu disebabkan usaha kerasnya dalam dunia seni selain mendapat keberkatan ibu bapanya.
Tambah Syamel lagi, Ernie selalu mengutamakan keluarga dan disebabkan itulah kejayaan yang isterinya itu merupakan satu nikmat yang besar buat dirinya.
“Setiap perkara yang datang adalah rezeki yang diberikan kepada dia disebabkan penat lelah dia dalam industri muzik dan juga dengan doa dari ibu bapanya.
“Pada Ernie dalam hati dia tu apa sahaja dia buat semua dalam kepala dia hanya fikir tentang keluarga sahaja.
“Mungkin perkara itu membuahkan satu nikmat yang besar buat Ernie Zakri,” katanya.
Dalam pada itu, Syamel juga menyatakan rasa bangga dengan kejayaan Ernie sebagai seorang penyanyi.
“Pada saya, sebagai seorang suami, akan curahkan segala doa-doa saya untuk mengiringi dia kemana sahaja dia merantau di dunia ini dan kebahagiaan saya adalah Ernie.
"Apa yang saya nampak adalah apabila dia happy, itu adalah perkara yang terbaik. Jadi, pesanan saya kepada isteri saya, sentiasa berfikiran sebegitu selama-lamanya sebab Insya-Allah, benda yang baik akan datang,” ucapnya.
Terdahulu, Ernie Zakri adalah artis pertama dari Malaysia yang pertama memenangi anugerah dalam SCTV Awards 2024 menerusi lagu Masing-Masing.
BERITA TRENDING: ”Ya Allah Waktu Itu Saya…” - Dayang Nurfaizah Gembira Siti Nurhaliza Terima Anugerah Biduanita Negara
BERITA TRENDING: Pemain Gitar Utama Spider, Napie Meninggal Dunia
BERITA TRENDING: “Jangan Cepat Menilai Orang, Dia Lelaki Yang Baik” - Ameera Khan Harap Netizen Henti Kecam Jefri Nichol
BERITA TRENDING: Dayang Nurfaizah Sebak Dengarkan Lagu 'Mencintai Cinta' Nukilan Allahyarham Rudy Imran - "Rakam Dulu Takut Nanti Tak Sempat"
Must-Watch Video