,
Berita

KDYMM Raja Permaisuri Agong Serlah Semangat Patriotik Dengan Pelitup Muka Berlatarkan Jalur Gemilang

Badrul Hashim
15/08/2020
03:01 MYT
Meskipun bulan kemerdekaan baru memasuki minggu kedua hari ini ia bukan penghalang kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk menzahirkan semangat patriotisme yang begitu mendalam dalam jiwa baginda.
Semua itu dizahirkan baginda apabila berkenan memakai pelitup muka berlatarkan jalur gemilang ketika berangkat bercemar duli mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada Majlis Santapan Hari Raya Aidiladha 2020 Yayasan Pahang, di sini, hari ini (semalam), menurut laporan Pahang Media yang ditulis oleh Putera Falliq Hakim Suhairi di Instagram.
Pelitup muka rekaan Datuk Radzwan Radziwill dengan kerjasama Astro Gempak itu dihasilkan dengan cetakan menyerupai jalur gemilang dan mempunyai tiga lapisan berserta filter non woven yang menepati piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Baginda memperlihatkan semangat cintakan negara yang amat tinggi dan diibaratkan sebagai tanda kasih sayang baginda kepada rakyat Malaysia serta harapan baginda agar seluruh rakyat terus memakai pelitup muka dimana jua mereka berada bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Daulat Tuanku.
Baca: "Tuanku Permaisuri Buat Sendiri Extension Mask Tu. Comel kan" - Datuk Radzuan Radziwill
Paket pelitup muka edisi khas Radzuan Radziwill x Gempak itu juga didatangkan dengan 'extender' bagi memudahkan pemakai yang berhijab.
Setiap satu dijual dengan harga RM20 dan set khas yang mengandungi kedua-dua pelitup muka edisi terhad Jalur Gemilang dan batik dijual RM35.
Jika anda ingin mendapatkan pelitup muka Gempak x Radzwan Radziwill, anda boleh ke www.radzuanradziwill.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Mahu Cegah Penuaan, Influencer Guna Najis Jadi Mask Muka

gempak
20/08/2024
15:25 MYT
Seorang pesohor media sosial di Brazil mengundang kecaman orang ramai yang memintanya mendapatkan rawatan selepas dia memuat naik klip video menggunakan najis sebagai topeng muka.
Berita

#AgongKita: Seorang Penulis & Bergiat Aktif Dalam Kebajikan… Ini Biodata Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah

gempak
20/07/2024
08:25 MYT
Berikut ialah biodata rasmi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office).
Gaya Hidup

#AgongKita: 30 Kru, 21 Sulaman Motif Bunga Raya & Awan Larat, Ini Fakta Menarik Persalinan Raja Permaisuri Rekaan Datuk Radzuan Radziwill

gempak
20/07/2024
06:30 MYT
Motif bunga raya disulam menggunakan manik kristal berwarna keemasan menyerikan Kurung Johor yang dikenakan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Laman Utama

Sambil Perut Diusap, Elizad Dapat Doa Zuriat Daripada Raja Permaisuri Agong – “Terharu…”

gempak
10/07/2023
05:39 MYT
Elizad Dapat Doa Zuriat Daripada Raja Permaisuri Agong
Laman Utama

Rizalman Kongsi Scammer Menyamar ‘Permaisuri Agong’, Minta Transfer Duit RM3,000!

gempak
09/05/2022
00:10 MYT
Makin menjadi-jadi!