Berita
Kawasan Mataf Kaabah Dalam Proses Pembersihan, Tawaf Berjalan Seperti Biasa Di Tingkat Atas - Jangan Sebar Maklumat Palsu
Terdapat banyak maklumat yang tidak tepat yang dikongsi mengatakan Umrah tidak dibenarkan. Maklumat ini kebanyakannya dikongsi di media-media sosial.
Ketika ini hanya kawasan Mataf Kaabah dikosongkan kerana sedang dalam proses pembersihan yang dijalankan.
Menurut IlmFeed, kemasukan ke kawasan Mataf hanya tidak dibenarkan buat sementara waktu ketika proses pembersihan secara menyeluruh sedang dijalankan.
Kawasan masjid Al Haram lainnya masih dibuka dan tawaf juga masih berlangsung seperti biasa pada tingkat-tingkat lain. Malah, solat juga masih berjalan seperti biasa.
Buat masa ini, tidak ada sebarang kes Covid- 19 dilaporkan di Makkah.
Must-Watch Video