gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Asia Championship 2025 Tawar Aksi Tinju Moden Bersulam Dunia Digital
VIRAL
Bintang TikTok Mati Diracun Akibat Tolak Kahwin Paksa
BERITA
Jenazah Dibonceng Motosikal Akibat Jalan Rosak
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GAYA HIDUP

KahwinFest 2025 Gegarkan Shah Alam, Tawar Hadiah Majlis Kahwin Bernilai RM21,000

Gempak
Gempak
28/07/2025
11:15 MYT
Sponsor Banner
KahwinFest 2025 Gegarkan Shah Alam, Tawar Hadiah Majlis Kahwin Bernilai RM21,000
Dikenali sebagai Festival Kahwin Paling Best, ekspo perkahwinan mega ini kembali mencuri perhatian pasangan yang sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga.
Tahun ini, KahwinFest 2025 akan berlangsung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Ogos di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Ekspo yang dianjurkan oleh QALAM Management ini tampil lebih meriah dengan tawaran hadiah utama berupa lokasi majlis perkahwinan di Grand Oasis Inspire Hall, Seri Kembangan yang dianggarkan bernilai RM21,000.
Menurut Pengarah QALAM Management, Sham Amir, hadiah cabutan bertuah itu terbuka kepada pengunjung yang membuat tempahan minimum RM100 dengan mana-mana vendor sepanjang ekspo berlangsung.
"Antara hadiah lain yang menanti pengunjung termasuk percutian dua hari satu malam di Pulau Langkawi tajaan VC Venture, pakej rawatan spa bernilai RM200 dan RM500 tajaan Skin Vogue Medispa, E-Kad Mewah dari Ikriza Enterprise, sepuluh set butang baju Melayu oleh Kedai Emas Sri Perak dan tiga puluh sesi fotografi studio bersama Exit Friendzone.
"Tidak ketinggalan, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah menarik seperti set memasak dan pembersih vakum tajaan Meronco Studio, wang tunai dari Zai Sri Gemilang, mesin pengisar tajaan Mak Ngah Catering dan banyak lagi tawaran eksklusif daripada vendor-vendor yang mengambil bahagian," katanya.
Sham Amir turut berkongsi bahawa sebanyak seribu beg tote eksklusif tajaan Medina Craft akan diagihkan secara percuma kepada pengunjung terawal setiap hari.
Masuk ke ekspo ini adalah percuma dan kemudahan tempat letak kereta juga disediakan tanpa sebarang caj, menjadikannya lokasi ideal untuk merancang hari bahagia dalam suasana yang selesa, bebas tekanan dan sesuai dengan bajet.
"Lebih seratus vendor perkahwinan terkemuka akan menyertai KahwinFest 2025 dengan menawarkan pelbagai servis lengkap untuk majlis perkahwinan seperti busana pengantin, khidmat katering, dekorasi pelamin, jemputan kahwin, jurufoto, barangan kemas dan cenderahati," ujarnya.
View this post on Instagram
A post shared by TRULLY KAHWINFEST EXPO (@trully.kahwinfest)
Ekspo ini juga mendapat sokongan padu daripada beberapa penaja utama seperti Ginger Dutch Galleria untuk dekorasi pentas utama, Hias Cempaka untuk dekorasi pintu masuk dan katerer rasmi Kumpulan Enak Rasa. Antara penaja lain termasuk Faridism Production, Damoora, Yellow Hello serta Kopi Kenduri MY sebagai minuman rasmi ekspo.
KahwinFest 2025 turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti media sosial yang bukan sahaja menjadi wajah promosi malah turut terlibat secara langsung dalam aktiviti pentas.
Asyuu Vianaa dan Azam Zainal bertindak sebagai pengacara manakala Ryan Deedat, Sharkmanz, The Iman Ali, Abam Panda, Papa Ayie, Yuna Zainal, Lisa H dan Nuriqin Leyda turut membuat penampilan istimewa sepanjang acara.
Aktiviti pentas akan dipenuhi dengan persembahan menarik termasuk tarian Arcisa Girls, Disko Santan, gamelan dan pelbagai acara interaktif lain.
Menurut Sham Amir, ekspo ini bukan sekadar tempat membeli-belah keperluan kahwin, tetapi juga menjadi medan temu janji antara vendor dan bakal pengantin dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.
Topic Berkaitan
#Perkahwinan
#Hadiah
#Shah Alam
#Festival
#KahwinFest
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement