,
Laman Utama

“Kau Takkan Faham Kalau Tak Laluinya Sendiri” - Al-Fatihah...Nenek Nadhir Nasar Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Hanafis Haris
24/05/2021
00:42 MYT
Juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar berkongsi khabar duka apabila neneknya meninggal dunia pada Jumaat lalu.
Perkara itu disahkan oleh pelakon Projek SPM itu selepas dihubungi Gempak, malam semalam.
"Betul nenek saya meninggal dunia Jumaat lalu akibat Covid-19. Alhamdulillah semuanya dah selesai.
"Mudah-mudahan ramai yang sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah nenek," katanya ringkas.
Terdahulu, Nadhir turut berkongsi berita pemergian neneknya itu menerusi satu posting di Twitter.
Menurut Nadhir, dia terkilan apabila tidak dapat bersama arwah di saat dia menghembuskan nafas terakhir.
“Al-fatihah buat nenda aku yang pergi disebabkan Covid. Manusia pergi itu normal. Ibu pergi tidak bersama anak anaknya di sisi itu tidak normal.
“Kau takkan faham kalau kau tak laluinya sendiri. Semoga ibuku kuat. Jaga diri semua,” katanya yang popular dengan watak Helmi.
Sementara itu, rata peminat Nadhir tampil memberi kata-kata semangat dan mengucapkan takziah atas kehilangan nenek tercinta.
Takziah Gempak ucapkan dan semoga roh nenek Nadhir ditempatkan dalam kalangan orang beriman
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Curi Duit Nenek, Lelaki Tergamak Belasah & Bakar Tangan Anak Saudara Sebagai Pengajaran

gempak
12/09/2024
02:55 MYT
Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan telah didera oleh seorang lelaki.
Berita

Ismanira, Zaim Tak Putus Peluk Cium Adik Zayn Rayyan – “Dear Allah, The Only Thing I Ask Of You Is To Hold Him When I’m Not Around”

gempak
11/08/2024
07:28 MYT
Ibu kepada kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan Zaim Ikhwan iaitu Ismanira Abdul Manaf, 29, membuat perkongsian di media sosialnya, baru-baru ini.
Viral

Nenek 72 Tahun Maut Tercekik Biji Rambutan

gempak
16/07/2024
10:25 MYT
Seorang wanita warga emas maut akibat tercekik biji rambutan dalam kejadian di Felda Lawin Utara, Gerik, Perak pada Ahad.
Berita

#JusticeforZaynRayyan: Peguam Mohon Perintah Larangan Bersuara Kes Zayn Rayyan

gempak
13/06/2024
03:32 MYT
Pasukan pembelaan kepada ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin memohon perintah larangan bersuara kepada Mahkamah Majistret di sini pada Khamis agar masyarakat tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kes ini.
Berita

#JusticeforZaynRayyan: Datuk, Nenek Zayn Rayyan Dibebaskan Pagi Ini

gempak
13/06/2024
02:35 MYT
Datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan dijangka dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan pada Rabu.