,
Laman Utama

“Kau Siapa, Sila Keluar Tunjuk Muka” - Ellie Suriaty Persoal Kewujudan Kekasih Azri Iskandar, Cari Info Tak Ada, Love Scam Ke Kau?

Hanafis Haris
17/06/2022
04:29 MYT
Sila munculkan diri! Itu teguran pelakon dan pengarah Ellie Suriaty mengenai kewujudan individu bernama Dr Azra yang dikatakan kekasih kepada bekas suaminya Azri Iskandar.

Menurut Ellie, biarpun telah berpisah, dia langsung tidak berdendam dengan Azri, namun isu tersebut membuatkan dia tidak senang dengan apa yang menimpa bekas suaminya itu.

Ellie berkata, sehingga kini identiti sebenar wanita dikatakan Dr Azra itu masih belum diketahui, malah dia bimbang sekiranya ia sekadar permainan.

"Saya dah hidup 19 tahun dengan Azri. Saya tak kisah Azri mencintai orang lain, tapi pada saya Dr Azra ini kena munculkan diri.

“Saya terseksa melihat dia dengan cerita-cerita ini. Saya mohon kepada Dr Azra supaya munculkan diri.

“Saya tak suka la kalau orang main-main dengan Azri. Anak-anak dan rakan pun buat carian di internet dan tidak keluar, kalau search mesti everything ada.

“Hidup ini mesti dengan kebenaran, ini kehidupan manusia. Siapa dia yang sebenarnya, scammer atau peminat? Kewujudannya tak jelas.

“Saya tidak tahu apakah permainan dia. Kalau betul bercinta jangan menyorok," katanya.

Ditanya berhubung pandangan orang ramai tentang musibah menimpa Azri yang dianggap karma kerana menganiaya hidup Ellie, pelakon Mat Kilau ini menganggap ia adalah satu ujian.

“Tapi saya tak hukum dia pun, saya tarik diri dan saya halal dan ikhlaskan semua. Jangan hukum dia.“Harap orang bersama dengan dia betul-betul ikhlas, jangan menyorok, jangan malukan dia,” katanya.

Ellie ditemui ketika majlis tayangan filem berjudul Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang berlangsung di Petaling Jaya, semalam.

Sekadar info, Azri, 54, sebelum ini mendedahkan dia bakal berkahwin dengan Azra dan perkenalan mereka bermula selepas 12 hari berpisah dengan Ellie pada 17 Mei lalu.

Dalam masa sama muncul pula wanita yang mahu dikenali dengan gelaran F mendakwa Azri pernah mengajak dia berkahwin.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ellie Suriaty Akui Bahagia, Sedang Kenal Hati Budi Seorang Jejaka - “Malu, Itu Pun Saya Tanya Tak Kisah Ke Lebih Tua? Saya 53 Tahun”

gempak
30/08/2024
01:55 MYT
Pelakon, Ellie Suriaty, 53, mengakui dia kini berkawan rapat dan sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang dikenalinya sejak setahun lalu.
Hiburan

Aizat Saha Gementar Berlakon Teater! - "Saya Perlu Tenaga Yang Cukup, Daya Ingatan Kuat"

gempak
29/08/2024
04:39 MYT
Pempengaruh dan pelakon Aizat Saha gementar untuk beraksi di depan penonton bagi menjayakan pementasan teater Andak Bertandak yang bermula hari ini.
Hiburan

Teater Andak Bertandak Himpun 8 Pelakon Popular!

gempak
06/08/2024
20:34 MYT
Syarikat produksi, Mask Team melakar satu lagi sejarah baharu apabila bakal mementaskan teater berjudul Andak Bertandak yang menghimpunkan lapan pelakon popular tanah air pada 29 Ogos hingga 1 September ini.
Hiburan

Ellie Suriaty Tak Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin, Azri Iskandar Terima Hakikat Tak Ada Jodoh Dengan Kekasih Baru

gempak
15/06/2024
01:09 MYT
Pelakon, Ellie Suriaty mendedahkan punca hubungan bekas suaminya, Azri Iskandar dan Datuk Noora Kay tidak sampai ke jenjang pelamin disebabkan ketidaksefahaman pasangan tersebut dalam penundaan tarikh majlis pernikahan mereka.
Hiburan

"Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah

gempak
06/05/2024
07:35 MYT
Pelakon prolifik Ellie Suriaty tampil menitipkan coretan buat Bella Astilah yang ketika ini sedang berdepan ujian rumah tangga bersama Aliff Aziz.