,
Viral

"Kau Ingat Aku Pondan Ke Apa!” - Lelaki Mengamuk Terima Gangguan Seksual Individu Warga Asing

Gempak
28/01/2024
03:55 MYT
Satu video baru-baru ini tular di Platform X memperlihatkan seorang lelaki memarahi satu individu warga asing yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya.
Menerusi video berdurasi satu minit itu, lelaki berkenaan memberikan amaran keras terhadap individu warga asing terbabit supaya menghentikan tindakan lucahnya.
“Kau ingat aku pondan ke apa! Kau tak kenal lagi aku siapa, kau tengok aku lembut macam ni, kalau kau kena pijak dekat sini pecah muka kau!” getus lelaki itu. Bagaimanapun, hantaran itu tidak diterima baik netizen apabila rata-ratanya mengkritik tindakan lelaki berikut dan menuduhnya sebagai seorang yang ‘memilih rupa’.
Antara komen yang diterima:
“Cuba kalau helok mau dilayan,”
“Cuba kalau yang mesej tu muka oppa atau abang sado, takde dia marah macam ni, terus senyap-senyap buat kerja,”
“Sebab tak hensem je, cuba kalau hensem.”

BERITA TRENDING: Influencer Dakwa Dirinya Pejuang, Tak Menangis Ketika Dilahirkan! - "Aku Lahir Untuk Takluk 7 Benua"

Dalam pada itu, ada juga segelintir berpendapat bahawa gangguan seksual bukannya sesuatu perkara gurauan dan seharusnya diambil serius oleh ramai pihak.
“Saya rasa komen semua langsung tak sensitif. Cakap senang bila tak kena batang hidung. Bila dia pertahankan diri, korang pertahankan yang buat onar,”
“Benda tak kelakar pun dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.”
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu meraih 1.6 juta tontonan dan lebih 2,000 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.