,
Berita

Kate Middleton Hidap Kanser, Mulakan Rawatan Kemoterapi

Amri Hassan
22/03/2024
21:50 MYT
Princess of Wales, Kate Middleton didiagnos menghidap kanser selepas menjalani pembedahan pada bahagian abdomen pada Januari lalu.

BERITA TRENDING: 2 Bulan Tak Muncul Di Khalayak Umum, Ada Saksi Dakwa Kate Middleton Nampak ‘Sihat & Ceria’?

Perkara itu disahkan menerusi sepotong video menyentuh perasaan yang disiarkan kepada umum pada Jumaat (waktu tempatan).

PILIHAN PEMBACA: Di Mana Kate Middleton?

Dalam video terbabit, Kate, 42, memaklumkan beliau perlu pulih daripada pembedahan abdomen sebelum menjalani proses kemoterapi sepertimana yang dinasihatkan oleh pasukan perubatan beliau.
"Beberapa bulan lalu merupakan detik sukar buat kami sekeluarga tapi saya bersyukur punyai pasukan perubatan yang hebat yang telah menjaga saya.
"Januari lalu, saya telah menjalani pembedahan pada bahagian abdomen di London dan pada ketika itu, difahamkan keadaan saya bebas kanser.
"Pembedahan berjalan lancar. Namun, ujian selepas pembedahan itu mendapati wujudnya sel kanser. Pasukan perubatan saya telah menasihati saya untuk menjalani kemoterapi pencegahan dan saya sedang dalam peringkat awal rawatan," ujar beliau.
Dalam video berkenaan, Kate turut memberitahu beliau dan Prince William memerlukan masa untuk memaklumkan khabar duka itu kepada anak-anaknya, Prince George, 10, Princess Charlotte, 8, dan Prince Louise, 5, terlebih dahulu sebelum berkongsi kepada seluruh dunia.
"Ini sangat mengejutkan, William dan saya telah melakukan segalanya yang termampu untuk menguruskan (hal berkaitan berita kanser) secara privasi demi keluarga kami.
"Saya perlu pulih daripada pembedahan sebelum ini untuk menjalani rawatan kanser.
"Perkara lebih penting, ia memerlukan tempoh yang lama untuk menjelaskan segalanya kepada George, Charlotte dan Louise, pada masa sama menyakinkan mereka bahawa saya akan okey.
"Sepertimana saya maklumkan mereka, saya sihat dan semakin kuat saban hari. Mempersiapkan diri, minda dan semangat saya untuk fokus kepada hal yang boleh menyembuhkan saya," katanya.

BERITA TRENDING: Raja Charles III Hidap Kanser!

Difahamkan video penuh emosi itu telah dirakamkan di Windsor pada Rabu lalu.
Kali terakhir Kate dilihat ketika majlis pertunangan Diraja pada perayaan Hari Natal bersama-sama keluarganya di Sandringham.
Beliau telah dimasukkan ke hospital selama dua minggu pada Januari lalu dan difahamkan bakal berehat selama beberapa bulan sebelum menjalani tugas rasmi Diraja selepas perayaan Easter.

PILIHAN PEMBACA: Raja Charles III Miliki Tabiat Pelik? Ini Info Menarik Tentang Raja Britain Baharu

Bagaimanapun, Kate memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci keadaan kesihatannya kini.
"Kami harap kalian memahami sebagai sebuah keluarga, kami perlukan sedikit masa dan ruang privasi untuk saya menjalani rawatan.
"Kerja-kerja saya sentiasa membuatkan saya gembira dan saya menanti waktu untuk kembali. Cumanya buat masa sekarang saya akan fokus kepada proses pemulihan.
"Pada waktu ini juga, saya berpesan kepada setiap individu yang melalui fasa sama seperti saya agar tidak putus semangat dan harapan. Kalian tak sendirian," tutupnya.
Sebelum ini, pelbagai spekulasi, teori konspirasi dan khabar angin tercetus berhubung kesihatan Kate di media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Remaja Maut, Doktor Bedah Berpandukan Tutorial Pembedahan Di YouTube

gempak
14/09/2024
07:25 MYT
Doktor dikenali sebagai Ajit Kumar Puri itu didakwa menggunakan tutorial melakukan prosedur membuang batu hempedu di YouTube ketika insiden pada minggu lalu.
Hiburan

Tak Berani Buat Pembedahan Plastik, Yuni Shara Tegangkan Kulit Leher

gempak
08/09/2024
13:45 MYT
Melihat kepada wajah awet mudanya meski sudah berusia 52 tahun, ramai yang menyangka penyanyi Yuni Shara melakukan pembedahan plastik.
Nusantara

Baru Dua Minggu Kahwin, TikToker Shella Selpi Meninggal Dunia Kerana Kanser

gempak
31/08/2024
11:50 MYT
Pengikut seorang TikToker Indonesia yang terkenal dalam kalangan pengguna media sosial kerana sangat gigih berjuang melawan penyakit kanser yang dihidapi sejak tiga tahun lalu berduka selepas wanita itu meninggal dunia pada Jumaat lalu.
Hiburan

"Baby London!" - Lima Tahun Menunggu, Sufi Rashid & Nurulain Bakal Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
10/08/2024
21:55 MYT
Selepas lima tahun berkahwin, penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid dan isteri, Nurul Ain bakal menimang anak pertama mereka tidak lama lagi.
Hiburan

Dua Kali Bersalin Secara Ceaser, Shila Amzah Tak Mungkin Hamil Lagi – “Ia Agak Berisiko, Usia Saya Juga Akan Mencecah…”

gempak
07/08/2024
21:55 MYT
“Cukup lah, dah sepasang” demikian kata penyanyi Shila Amzah apabila ditanya mengapa berhasrat untuk tidak mahu menambah cahaya mata lagi.