,
Laman Utama

Kasar & Tak Sedia Kahwin Lagi, Enot Dilabel Suka Kaum Sejenis? - "Ada Yang Sangka Saya Lesbian"

Izwan Isa
16/04/2022
02:50 MYT
Pelakon komedi popular, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah mendedahkan yang dia sudah terbiasa dan lali apabila ada melabelkan dirinya sebagai lesbian.
Kongsi Enot, mungkin disebabkan perwatakannya yang ‘kasar’ dan berkawan dengan rakan-rakan wanita menyebabkan dia dituduh menyukai kaum sejenis.
“Jujurnya, memang ramai yang sangkakan saya seorang lesbian. Begitupun, ada juga yang tak tahu saya dulu belajar di Sekolah Menengah Convent Seremban. Memang ada rakan sekolah termasuk saya ramai yang perwatakan macam lelaki, sedikit kasar.
“Selain itu, saya juga aktif bersukan. Antara sukan yang saya ceburi adalah softball. Rakan-rakan juga memanggil saya dengan gelaran ‘Abang Ali’ ketika di sekolah.
“Dan bagi saya, setakat panggil ‘sayang’ sesama kawan wanita tu nornal,” katanya ketika ditemui pada sidang media AdHoc Raya 2022 yang berlangsung di Riverside WTCKL, baru-baru ini.
Berkenaan dengan statusnya sebagai ibu tunggal, Enot berkata, dia tidak pernah terfikir untuk mendirikan rumah tangga selepas dua kali gagal dalam pernikahan.
Sungguhpun sudah lebih sedekad bergelar ibu tunggal, dia mengakui selesa hidup seperti itu bersama anak-anak dan juga cucu.
“Jujurnya, masa sebelum masuk usia 40 tahun, adalah rasa nak kembali bersuami. Tapi lepas dah ada cucu, rasa itu terus hilang. Dah takda rasa nak berumah tangga sampailah ramai cop saya lesbian.
“Tambahan pula, anak-anak pun seperti keberatan membenarkan saya kembali mencari pasangan hidup. Anak-anak selalu minta saya fikir baik-baik kalau saya beritahu nak kahwin semula,” katanya sambil tertawa.
Untuk rekod, menerusi perkahwinan yang pertama dahulu, Enot telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.
Hiburan

Tiada Lagi Cinta, Rossa Lebih Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami - “Kami Seperti Abang Dan Adik”

gempak
10/09/2024
02:06 MYT
Penyanyi dari seberang, Datuk Seri Rossa, mendedahkan anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadan, tidak bersetuju sekiranya dia dan bekas suami, Yoyo, merujuk semula sebagai suami isteri.