,
Laman Utama

Kartun Thomas & Friends, Dah Tunang Februari... Semak Fakta Menarik 'Cinta Diam-Diam' Wany Hasrita, Al-Adib Fahmi

Shahrin Zulkifle
23/07/2022
03:00 MYT
Penyanyi Wany Hasrita dan juruterbang Mohd Al-Adib Fahmi telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri malam tadi.
Majlis mengejut yang 'disembunyikan' Wany itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada peminat malah rakan-rakan industri sendiri.
Apa kata kita semak balik detik pertemuan Wany dan Al-Adib Fahmi, jejaka kacak yang telah menawan pelantun lagu Canggung itu.

Wany, Al-Adib Fahmi kenal sejak 2010

Menurut pemilik nama Nurshazwany Hasrita Abdullah, hubungan mereka mula rapat sejak 2019 dan lelaki yang berjaya menambat hatinya merupakan seorang juruterbang penerbangan di Kuching, Sarawak.
“Kalau di ikutkan saya sudah kenal Adib sejak 2010 lagi. Ketika itu saya mengenalinya melalui rakan baik saya yang juga sepupunya. Kenal macam tu saja. Waktu itu pun saya belum menjadi penyanyi lagi.

Kartun Thomas & Friends pengikat hubungan Wany, Al-Adib Fahmi

“Cuma, pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat. Jadi, kami mengikuti antara satu sama lain di Instagram dan banyak berhubung di situ. Ada satu hari dia melawak mengenai kartun Thomas dan Friends. Saya pun boleh layan. Sejak itu, kami terus ‘ngam’ dan saling memahami dalam banyak perkara.
“Tidak ada istilah declare menjadi kekasih dalam perhubungan kami. Masing-masing saling memahami perasaan dan hati dan akhirnya memutuskan untuk membawa perhubungan ini ke fasa yang lebih serius,” ujar Wany.

Wany, Al-Adib Fahmi bertunang 26 Februari 2022

Tambah pelantun lagu Menahan Rindu itu, dia dan suami telah mengikat tali pertunangan pada 26 Februari lalu sebelum diijabkabulkan semalam.
“Apabila sudah rapat, kami terus fikir dan rancang ke fasa seterusnya. Apatah lagi ketika itu masing-masing sudah berumur 28 tahun. Selama ini saya tidak terlalu looking forward untuk berkahwin. Tapi selepas rapat, semuanya ‘ngam’ dan serasi dari segi semua perkara.
“Malah, dari mula perhubungan ia bukan lagi untuk cuba-cuba tapi memang nak berkahwin. Dia pun sama juga begitu. Itu yang kami ambil keputusan untuk bertunang terlebih dahulu pada 26 Februari lalu di sebuah hotel di Sepang, Selangor, yang mana hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat saja.

Cinta jarak jauh Wany, Al-Adib Fahmi

“Kalau di ikutkan perancangan nak berkahwin dibuat lebih awal, tapi disebabkan jarak kami yang mana dia bekerja di Kuching, Sarawak, masa dan komitmen kerjaya, jadi kami ambil keputusan untuk cari waktu paling sesuai untuk kedua-dua pihak. Ditambah pula kita sudah masuk fasa endemik, jadi kami fikir ini waktu yang tepat,” katanya.

Al-Adib Fahmi sokong kerjaya Wany Hasrita

Wany turut menyifatkan peribadi suaminya seorang yang sangat memahami dan sentiasa menyokong bidang kerja Wany sebagai seorang selebriti.

Al-Adib Fahmi bukan kaki media sosial

“Macam dikatakan, dia bukan jenis kaki media sosial. Disebabkan itu dia tak ambil tahu sangat. Lagu saya pun dia tak tahu banyak, jauh sekali soal gosip. Pendek kata, suami bukan seorang yang minat dalam industri hiburan.
“Alhamdulillah, dia menerima saya seadanya dan sangat baik. Dia memahami kerjaya saya dan tak kacau. Cuma berpesan apa yang perlu dijaga, kena jaga. Pendek kata, dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menjaga diri. Dalam masa sama, dia pun tahu siapa kawan-kawan saya, sebaliknya begitu juga saya,” kata Wany.
Pada majlis yang berlangsung semalam, pasangan pengantin itu telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan, 56 dan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.
Wany telah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian. Manakala wang hantaran dirahsiakan serta tiada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak. Majlis yang berlangsung di Glam Hall, Damansara Perdana itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar