,
Laman Utama

Kanye West Perlu Lengkap Vaksin, Baru Boleh Masuk Australia Untuk Bikin Konsert - PM Scott Morrison

Izwan Isa
31/01/2022
13:50 MYT
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menegaskan yang penyanyi hip-hop Kanye West perlu melengkapkan dos vaksin COVID-19 jika dia mahu mengadakan konsert di Australia.
“Peraturannya, kamu perlu lengkap vaksin. Peraturan ini juga perlu diikuti oleh sesiapa pun, seperti apa yang dilihat oleh banyak orang sejak kebelakangan ini. Tak kira kamu siapa, peraturan tetap peraturan.
“Ikut peraturan, kamu boleh datang. Tidak ikut peraturan, kamu tidak boleh ke sini,” katanya.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Scott Morrison baru-baru ini selepas media melaporkan yang Kanye bakal membuat persembahan berskala mega di sana pada Mac.
‘Amaran’ tersebut dikeluarkan dua minggu selepas visa bintang tenis terkemuka, Novak Djokovic dibatalkan akibat statusnya yang masih lagi belum menerima vaksin.
Bagaimanapun, status vaksin bekas suami kepada selebriti popular Kim Kardashian itu masih lagi belum diketahui.
Namun pada 2021, menerusi satu temu bual, Kanye mengakui menerima dos pertama vaksin COVID-19.
Tetapi, pada 2020, Kanye pernah melabelkan mereka yang mengambil vaksin sebagai ‘tanda seekor raksasa’.
Seperti Malaysia dan negara-negara lain, Australia kini sedang memerangi varian Omicron dengan jumlah sekitar dua juta kes COVID-19 direkodkan.
Sebelum kedatangan varian yang mudah berjangkit tersebut, kadar kes yang direkodkan di sana hanyalah sekitar 400,000 sejak pandemik bermula dua tahun lalu.
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Keji! Pekerja Pusat Jagaan Kanak-Kanak Mengaku Terbabit 307 Kes Rogol, Mangsa Bawah 12 Tahun

gempak
05/09/2024
01:00 MYT
Seorang bekas pekerja pusat jagaan kanak-kanak di Australia mengaku salah terhadap 307 pertuduhan jenayah seks yang dilakukannya dalam tempoh 20 tahun.
Hollywood

Wanita Dakwa Dapat Telepati Dari Kanye West Curi Kereta, Netizen: “Kami Percaya”

gempak
01/09/2024
14:00 MYT
Seorang wanita dari Kentucky ditangkap sewaktu mencuri beberapa kenderaan di kawasan North Main Street.
Berita

Pengunjung Panik Helikopter Terhempas Atas Bumbung Hotel Di Australia, Juruterbang Disahkan Maut!

gempak
12/08/2024
09:24 MYT
Beratus pengunjung yang menginap Double Tree by Hilton di timur laut Australia gempar apabila sebuah helikopter terhempas di atas bumbung hotel yang didiami mereka hingga mencetuskan kebakaran.
Hiburan

Rozita Rohaizad Tekad Terus Bantu Martabat Warisan Malaysia Di Australia

gempak
04/08/2024
11:55 MYT
Penyanyi dan pelakon veteran Rozita Rohaizad sudah banyak kali berkongsi kisahnya yang terpaksa menggunakan wang sendiri hanya semata-mata kerana perjuangannya memartabatkan seni budaya negara ini di persada antarabangsa.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Hos Digugurkan Komen Berbaur Diskriminasi Terhadap Perenang Australia

gempak
30/07/2024
04:25 MYT
Seorang hos veteran sukan digugurkan dari saluran Eurosport selepas memberikan komen berbaur diskriminasi kepada pasukan perenang wanita Australia dalam pusingan akhir gaya bebas 4x100 di Olimpik Paris 2024.