,
Viral

Kantoi Curang 3 Kali, Wanita Ini Minta Suami Bayar RM1,000 Wang Pampasan

Umirah Halim
26/03/2024
21:00 MYT
Seorang wanita bertindak meminta wang pampasan kepada suami nya untuk setiap kes kecurangan yang dilakukan suaminya.
Menerusi perkongsian yang dibuat secara anonymous di Platform X, wanita tersebut berkongsi dia telah meminta suaminya membayar wang pampasan setelah suaminya berulang kali berlaku curang.

Pertama Kali Curang Masih Maafkan

Pada permulaan cerita, sewaktu pertama kali dicurangi, wanita ini mendedahkan dia hanya sekadar memafkan suaminya atas sebab permintaan ibu bapa.

“First curang (text minta s*x dgn perempuan entah siapa) waktu kami honeymoon dulu.
“Ikutkan hati nak cerai tapi parents suruh bersabar & maafkan. I taknak parents I sedih so I cuba ajar diri maafkan,” kongsi wanita tersebut.

Kali Kedua Mintak Bayar Loan Belajar

Bagaimanapun kes kecurangan suaminya itu berulang semula dan kali ini wanita tersebut telah mula meminta wang sebagai pampasan bagi memperoleh kemaafan darinya.
“After a year, jadi lagi (text gatal dgn perempuan more to panggil sayang-sayang.
“End up gaduh teruk. Suami minta maaf tapi time ni I short duit nak bayar student loan so I cakap kalau nak I maafkan, kena compensate lah with something.
“End up dia bayar student loan I for a whole year,” cerita wanita tersebut.

Kali Ketiga Dicurangi, Mintak Suami Bayar RM1,000

Tidak terhenti disitu, suami wanita tersebut kantoi pada kali ketiga dan kali ini wanita tersebut memilih untuk meminta RM1,000 untuk setiap individu yang dicurangi suaminya.
“Just now kantoi lagi curang text sayang-sayang dengan perempuan lain.
“Kali ni I fed up so I minta suami bayar RM1,000 untuk each perempuan yang dia text which ada 3 orang,” kongsinya.
Seorang wanita bertindak meminta wang pampasan kepada suami nya untuk setiap kes kecurangan yang dilakukan suaminya. Bagaimanapun, suami wanita tersebut dipercayai tidak mampu untuk membayar jumlah wang yang diminta kerana tidak cukup baki wang simpanan.
Faham dengan situasi kekangan wang yang dialami suaminya, wanita tersebut hanya meminta suaminya itu memberi separuh want daripada jumlah simpanan suaminya.
“Of course la suami I ni sengkek savings ada RM2k je lepas I paksa dia tunjuk account bank dia.
Tak mampu nak bayar RM3k. I suruh dia bank in half kat I. I still ada hati perut fikir kalau dia bank in semua nanti dia nak makan apa kat tempat kerja,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen menyokong tindakan yang dilakukan wanita tersebut.
“Saya support anon. Teruskan. Biar dia kering baru cerai hehe. Saya suka!
“Tak salah pun minta je. Biar laki tu sedar dia bukan mampu nak kawen banyak. Lelaki ni kalau semua kita tolak ansur, nanti dia fikir dia mampu nak tambah lagi.
“Sebab tu habiskan je duit dia and biar dia selalu stress nak cari duit sampai takde masa menggatal.
“Takperlu rasa berdosa pun sebab duit suami, duit kita. Tips yang berguna. Thanks anon.
“Bukan salah anon pun nak minta duit tu. Duit tu as compensate kesilapan dia. Anggap macam denda majlis pembandaran buat lagi kantoi bayar sampai la dia serik,” komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah menerima sebanyak 88 ribu tontonan di Platform X.

Berita Trending: Adik Lelaki Cuba ‘Sailang’ Suami Kakak - “Dia Confess Dekat Suami Aku”

Berita Trending: "Dipukul, Dibuang Dari Tingkat 2" - Individu Ini Dedah Kronologi Pelajar…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

“Hubungan Suami Isteri Perlu Ada Kepercayaan, Jangan Sebab Nafsu Anak-Anak Merana” - Elly Mazlein

gempak
15/09/2024
23:55 MYT
Meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada pasangan, penyanyi dan pengacara popular Elly Mazlein mengakui tidak pernah memeriksa telefon mahupun dompet suaminya.
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.