,
Laman Utama

Kanak-Kanak 11 Tahun Sesak Nafas, Loya Selepas Termakan 'Biskut Ganja' Buatan Bapa

Gempak
30/05/2023
07:34 MYT
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mengalami sesak nafas, pening kepala dan loya selepas termakan biskut yang disyaki mengandungi ganja yang dibuat bapanya di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu melalui Klinik Kesihatan Lawin pada jam 10.26 malam.
Katanya, ketika kejadian bapa kanak-kanak berkenaan yang juga penoreh getah berusia 38 tahun itu telah membawa mangsa ke klinik itu bagi menerima rawatan.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa telah termakan biskut coklat yang disyaki dicampur dengan ganja sebelum mengalami simptom-simptom berkenaan.
“Mangsa telah dibawa ke Hospital Gerik dan dirujuk kepada Hospital Taiping pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.
“Hasil Saringan ujian awal air kencing mendapati suspek (bapa mangsa) didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, pihak polis telah menahan suspek dan merampas stok biskut berkenaan selain keadaan mangsa kini berada dalam stabil.
“Suspek telah direman lima hari mulai 30 Mei dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya lagi.
Sumber - Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Berita

Budak Dalam Video Tular Bukan Mangsa Cubaan Culik Tapi Mangsa Amang Seksual - Polis

gempak
13/09/2024
01:25 MYT
Polis menafikan kanak-kanak yang dipegang bahunya oleh seorang lelaki di kawasan sebuah masjid di Subang Jaya adalah mangsa cubaan menculik.
Viral

Berlaku Cubaan Menculik Di SS15 Subang Jaya, Individu Ini Nasihat Supaya Ibu Bapa Lebih Berhati-Hati

gempak
12/09/2024
10:45 MYT
Menurut Daryl, kejadian itu berjaya dirakam melalui kameta litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan tingkah laku mencurigakan lelaki tersebut.
Berita

Eksploitasi Kanak-Kanak, Agama: Modus Operandi GISB, Kanak-Kanak Dididik Cara Meliwat, Diliwat - KPN

gempak
12/09/2024
00:55 MYT
Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati modus operandi yang dilakukan di 20 rumah amal kendalian Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) adalah mangsa diajar dan dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat kanak-kanak yang lain.
Berita

Pelajar Hidap Penyakit Sopak Selepas Ditampar Guru

gempak
08/09/2024
18:55 MYT
Huang berkata, dia membawa anaknya, Liu yang berusia 11 tahun ke hospital selepas menyedari pipi kanan anaknya membengkak teruk.