,
Laman Utama

Kamya Fest Himpunkan 20 Selebriti, Tampil Kelainan Dengan Konsep Jualan Fesyen, Automotif & Banyak Lagi!

Amri Hassan
01/02/2023
01:51 MYT
Jenama produk kecantikan dan kesihatan, Kamya memulakan tahun 2023 dengan penuh bertenaga dan bersemangat sempena penganjuran festival Kamya Fest (Kamya Fest).
Berlandaskan objektif berhibur dan dalam masa yang sama menggalakkan lebih ramai generasi baru untuk maju dalam bidang keusahawanan, Kamya Fest bakal menampilkan 300 vendor jualan yang terdiri daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.
Inisiatif ini didorong oleh Pengasas Kamya iaitu Erna Elliyana dan mendapat sokongan bersama selebriti serta usahawan terkenal Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu selaku Penganjur Bersama.
Kamya Fest bakal diadakan pada 10,11,12 Februari ini di Parkir B, Stadium Nasional Bukit merangkumi pelbagai kategori vendor termasuklah dari produk makanan & minuman (F&B), fesyen, automotif, sukan dan permainan serta gaya hidup sesuai untuk seisi keluarga.

Kamya Fest sasar 50,000 pengunjung

Menurut Erna Elliyana, pihaknya sangat teruja kerana dalam masa yang sama dapat membantu ramai usahawan tempatan.
“Penganjuran ini juga secara tidak langsung memberi platform kepada generasi muda untuk kekal bersemangat positif untuk berkecimpung dalam dunia keusahawanan.
“Ini adalah pertama kali Kamya menganjurkan festival seperti ini dan kami mensasarkan untuk meraih pengunjung seramai 50,000 dalam masa 3 hari penganjurannya, sesuai dengan khalayak yang ada.
“Malah saya turut teruja kerana pada festival ini, kami juga berpeluang memperkenalkan rangkaian produk berkualiti yang boleh membawa manfaat kepada pelbagai kelompok masyarakat,” katanya.

20 selebriti

Erna Elliyana ditemui pada majlis sidang media Kamya Fest di Hotel citizenM Kuala Lumpur yang turut dihadiri Shuib dan Pengarah Projek, Encik Mohd Faizul Isa pada Selasa.
Tambah Erna Elliyana, pihaknya akan melancarkan produk terbaharu keluaran Kamya pada hari pertama festival berkenaan yang akan turut mendapat sokongan daripada barisan selebriti dan bintang media sosial terkenal.
Terdapat lebih 20 selebriti dan bintang media sosial popular tanah air, yang bakal menjadi daya tarikan pengunjung untuk datang ke festival berkenaan.
Antara selebriti yang mengambil bahagian ialah Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Wak Doyok, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, MrStailista, EedaVogue, Daniel Zamri, Bella Astillah, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol dan ramai lagi.

Boleh menang kereta!

Sementara itu, Shuib berkata Kamya Fest adalah festival gaya hidup pertama yang membabitkan dirinya selaku salah seorang penganjur sekaligus mencabar kewibawaannya sebagai seorang usahawan.
“Penganjuran Kamya Fest adalah sesuatu yang baru buat saya dan tentunya saya amat teruja kerana ini adalah usaha yang saya laksanakan bersama-sama pihak Kamya sendiri.
“Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebuah kereta bagi pengunjung yang membeli produk keluaran Kamya termasuk pelbagai hadiah menarik yang lain untuk anda bawa pulang,” kata Shuib.
Antara hadiah utama adalah sebuah kereta Proton, motosikal Honda Wave 110 Alpha, televisyen 50” inci, telefon bimbit Honor dan penyedut hampagas Xiaomi Robot .
Bukan itu saja, Kamya Fest akan dihangatkan lagi dengan pertunjukan motosikal, kereta antik Jepun, fesyen bundle dan tidak ketinggalan keunikan taman tema Farm in The City yang dibangunkan khas di tengah-tengah ruang festival itu nanti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ada Sebab Watie Lebih Suka Bercuti Bawa Anak-Anak - “Mummy Pula Hati Tisu, Dapat Mesej Begini Pagi-Pagi…”

gempak
17/09/2024
03:20 MYT
Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mempunyai sebab tertentu lebih gemar bercuti sambil membawa anak-anak.
Hiburan

Shuib Buat Kejutan, Watie Hanifiah Menjerit Kegembiraan Dapat Sejambak Bunga Ros - “Selalu Dia Bagi Sekuntum, Tapi Kali Ini…”

gempak
11/09/2024
02:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah menjerit kegembiraan apabila menerima kejutan daripada suaminya yang menghadiahkan sejambak bunga ros merah secara tiba-tiba.
Hiburan

Kongsi Lirik Lagu ‘Makan Dalam', Entri Mamat Sepah Tuju Pada Siapa? - "Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang ..."

gempak
06/08/2024
07:55 MYT
Pelawak terkenal iaitu Mamat Sepah mencuri perhatian apabila berkongsi lirik lagu ‘Hitam Manisan’ nyanyian asal kumpulan rock lagenda, Olan menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).
Hiburan

Netizen Geram, Tak Suka Shuib Kerap Jaja Cerita Tentang Arwah Siti Sarah - “Dia Ni Diam Boleh Tak”

gempak
29/07/2024
23:56 MYT
Pelawak dan pelakon, Shuib merupakan antara selebriti yang sering berkongsi kisah kehidupannya secara terbuka.
Hiburan

“Dirasuk, Mendengus Seperti Harimau, Jilat Kaki…” - Shuib Dedah Arwah Siti Sarah Pernah Disihir, Rasa Dibenci Ketika Buat Persembahan

gempak
29/07/2024
00:49 MYT
Pelawak Shuib mendedahkan dia pernah berdepan dengan detik cemas apabila Allahyarham isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah dirasuk mahkluk halus.