,
Laman Utama

Kampong Pisang Masih Tak Tenteram, Penduduk Diganggu Penunggu Hutan

Azwa Rahman
22/01/2021
12:00 MYT
Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri telah menemui penonton dengan episod kelapan iaitu Hutan dan Penunggunya pada Isnin ini.
Diarahkan oleh sutradara tersohor, Mamat Khalid, episod kali ini menampilkan Pekin Ibrahim sebagai pelakon jemputan yang memegang watak sebagai Imam Zakaria.
Episod kali ini mengisahkan geng Pak Jabit pergi berkelah bersama Pak Idrus.
Barkoba dan Madi ke hutan mencari kayu api dan terjumpa makhluk aneh.
Keadaan jadi huru hara apabila mereka terjumpa mayat Pak Idrus yang sudah lama mati. Siapakah sebenarnya makhluk yang menyerupai Pak Idrus itu?
Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.
Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.
Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Hiburan

Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua - “Sekarang Tengah Rehat…”

gempak
05/06/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mona Allen memaklumkan dirinya selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Selasa.
Hiburan

“Air Mata Jatuh… Ambil Masa 2 Tahun Kumpul Semangat”- Amin Khalid Sayu, Pilih Teruskan Legasi Bapa Buat Projek 19 Puasa

gempak
13/03/2024
12:55 MYT
Amin teruskan legasi bapa.
Laman Utama

"Jangan Tanya Dah Kenapa Saya Gemuk" - Mona Allen Umum Hamil Anak Kedua

gempak
27/12/2023
02:55 MYT
Dijangka bersalin awal tahun 2024.
Laman Utama

Pekin Tak Malu Ambil Balik Kertas Bahasa Melayu SPM, Kini Bakal Sambung PhD Pula!

gempak
24/11/2023
08:56 MYT
Tahniah Pekin!