,
Berita

“Kami Tinggalkan Dia 10 Minit, Dia ‘Pergi’ Seolah-Olah Tak Mahu Lihat Kami Sedih” - Suami Fiza Kamarudin

Amri Hassan
06/01/2024
07:41 MYT
Suami bekas editor Gempak, Fiza Kamaruddin, Mohd. Roshdi Ramli meluahkan rasa syukur dapat menunaikan hajat terakhir isterinya untuk bercuti bersama keluarga di London.
Roshdi,41, berkata sekiranya hajat tidak tertunai, dia akan berasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat terakhir isterinya itu.
“Sepanjang percutian arwah memang tidak menunjukkan petanda cuma ketika kami di Malaysia dia teringin untuk ke London.
“Dia memberitahu kalau bukan sekarang, tak tahu bila mereka sekeluarga dapat bercuti bersama.
“Alhamdulillah saya dapat tunaikan hasratnya dan meluangkan masa melihat kota London,” katanya kepada Gempak.
Roshdi ditemui selepas selesai urusan pengebumian Allahyarham Fiza di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Sementara itu, berkongsi momen terakhir bersama isteri, Roshdi berkata dia dan anak-anak tidak sempat berada di sisi arwah.
“Saya dan anak tidak sempat berada di sisi semasa arwah sedang nazak. Kami hanya tinggalkannya 10 minit untuk makan.
“Arwah seolah-olah tidak mahu kami melihat dia ‘pergi’. Mungkin dia tak mahu kami bersedih,” ujarnya dalam nada sebak.
Berkongsi mengenai reaksi anak-anak, Roshdi atau lebih mesra disapa Dodi memaklumkan mereka reda dengan ketentuan Ilahi.
“Mula-mula, memang agak sedih. Tetapi lama-kelamaan saya cuba tenangkan.
“Selepas saya tenangkan mereka, barulah mereka faham dan reda pemergian ibunya.
“Saya kena tunjuk kuat di depan mereka, kalau tidak mereka akan sedih,” jelasnya.

Berita Trending: Bekas Editor Gempak, Fiza Kamarudin Meninggal Dunia Di London

Industri kewartawanan tanah air berduka selepas dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham yang meninggal dunia di London ketika bercuti di sana akibat pendarahan otak.
Fiza atau nama lengkapnya Siti Nurhafiza Kamaruddin dilaporkan pengsan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, sewaktu menunggu penerbangan pulang ke Malaysia selepas bercuti ke negara tersebut sejak pertengahan Disember lalu.
Allahyarham merupakan bekas pesakit kanser payudara namun sel barah berkenaan dikatakan kembali aktif selepas enam tahun disahkan bebas daripada penyakit tersebut.
Lebih memilukan, percutian yang dirancang ke London kali ini merupakan hajat terakhir Allahyarham bagi menunaikan janji bersama anak iaitu Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Komposer Ooi Eow Jin Meninggal Dunia

gempak
18/09/2024
11:16 MYT
Komposer dan pemuzik terkenal, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia akibat sakit tua pada petang Rabu.
Berita

Remaja Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Main Bola Sepak

gempak
09/09/2024
16:25 MYT
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia ketika sedang bermain bola sepak di padang Semenyih,Selangor, pada Sabtu.
Hiburan

Pelakon Julian Ortega Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

gempak
03/09/2024
02:25 MYT
Pelakon terkenal kelahiran Sepanyol, Julian Ortega meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika bercuti di Pantai Zahora di Barbate, Sepanyol pada 25 Ogos lalu.
Berita

Kakak Sudirman, Ibu Atai Meninggal Dunia

gempak
30/08/2024
07:55 MYT
Kakak penghibur legenda, Datuk Sudirman, iaitu Datin Rudiah @Rodziah Arshad, 81, meninggal dunia jam 12.08 tengah hari ini.
Berita

Korban Tanah Runtuh Di Phuket Kini 13 Orang, Termasuk Pasangan Warga Rusia

gempak
26/08/2024
01:25 MYT
13 orang termasuk pasangan Rusia maut dalam tanah runtuh beserta banjir lumpur di pulau peranginan Thailand, Phuket, kata pihak berkuasa pada Ahad, selepas menghentikan pencarian orang hilang.