,
Laman Utama

“Kami Temui Allahyarham Sudah Tidak Bernyawa…” – Teman Baik Jit Murad

Fiza Kamarudin
13/02/2022
01:01 MYT
Fizar Harun, teman rapat Jit Murad mengesahkan menemui jasad kepada penulis, pelakon teater dan filem dalam keadaan tidak bernyawa, semalam (Sabtu).
Menurut Fizar dia dan beberapa orang cba menghubungi Jit menerusi panggilan dan aplikasi WhatsApp, tetapi tiada jawapan, menyebab mereka mereka bergegas ke kediaman Allahyarham di sebuah kondominium di Bukit Damansara.
“Selepas cubaan menghubungi Jit gagal, saya dan beberapa orang lagi teman bergegas ke rumahnya kira kira jam 2.15 petang untuk memeriksa keadaan sebenar.
"Tetapi apabila tiba di rumah Jit, kami menjumpai dia sudah tidak bernyawa," kata Fizar.
Sehingga semalam, punca sebenar kematian Jit masih belum dikenal pasti.
Urusan pengebumian juga diserahkan kepada keluarga Allahyarham.
Allahyarham Jit menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun.
Terdahulu berita pemergian arwah turut diciap di laman Twitter dan dikongsi menerusi Instagram oleh beberapa teman artis termasuk Datin Seri Tiara Jacquelina Eu Abdullah, Susan Lancester dan Que Haidar.
Jit merupakan anak kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Murad Mohamed Noor.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.