,
Laman Utama

“Kami Tak Gaduh Tapi…”- Tak Akan Cari Pengganti, Ini Sebab Gavin Keluar Insomniaks

Syafiqah Jalal
16/06/2022
04:48 MYT
Kumpulan Insomniaks terpaksa menghormati keputusan seorang ahli mereka iaitu Gavin untuk keluar dan membawa Haluan sendiri.
Mewakili Insomniaks, Iskandar memberitahu keputusan itu dibuat Gavin sendiri meskipun mereka berat hati untuk menerimanya.
“Sudah tentu kami sedih tapi kami perlu fikir secara professional. Kami pun tak mahu paksa dia terus bersama kami jika dia tidak bersedia atau tak selesa.
“Kami menghormati keputusannya untuk selesaikan urusan dirinya dulu dan terbuka jika dia memerlukan kami kerana kami masih kawan,” katanya kepada Astro Gempak.
Insomniaks yang dianggotai oleh 4 orang ahli yang kini tinggal bertiga itu ditemui oleh Gempak selepas selesai mengadakan rakaman program GempakTV di Studio, 3, Astro.
Dalam masa yang sama Iskandar menafikan mereka ada mempunyai perselisihan faham sehingga bermasam muka.
“Kami tak bergaduh cuma dari segi komitmen kerja sahaja ada masalah. Di antara kami pun tiada masalah. Dia susah untuk meneruskan komitmen bersama kami, Insomniaks juga agak sibuk sekarang dengan undangan nyanyian dan interview bersama media.
“Buat masa ini pun kami selesa bertiga sahaja dan tak akan cari pengganti. Malah kami masih meneruskan direction yang sama,” tambahnya lagi.
Insomniaks yang popular dengan lagu Pulang itu kini dianggotai oleh tiga anak muda iaitu Wan Arif Iskandar Adnan (Iskandar) selaku pemain bass; Syed Mir Iqbal Syed Adeli (Iqie) vokalis dan gitar utama; Ahmad Danial Ahmad Roslan (Danial) gitar ritma.
Selain Insomniaks, GempakTV yang dihoskan oleh Isha dan Daniel itu turut bakal dimeriahkan dengan penampilan selebriti lain iaitu Mimi Fly, Sopgia Liana dan ramai lagi.
GempakTV akan bersiaran di setiap hari Rabu, jam 9 malam di Astro Ria.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Pengasas Telegram, Pavel Durov Tidak Dibenar Tinggalkan Perancis

gempak
29/08/2024
03:55 MYT
Pengasas Telegram, Pavel Durov, kini berada di bawah siasatan rasmi dan tidak dibenarkan meninggalkan Perancis, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pendakwa Perancis pada Rabu.
Berita

Kecoh 29 Ekor Ular Sawa Termasuk Induk Keluar Dari Longkang Restoran Di Shah Alam

gempak
08/08/2024
07:48 MYT
Gempar apabila kira-kira 29 ekor ular sawa termasuk induknya keluar dari saluran sebuah longkang, berhampiran sebuah restoran mamak di Seksyen 20, Shah Alam, malam Rabu.
Hiburan

Hampir 3 Dekad Bertahan, Kumpulan Spider Kongsi Faktor Kekal Lama Dalam Industri Muzik - “Ketelusan Itu Penting”

gempak
17/07/2024
14:55 MYT
Hampir tiga dekad bertahan di dalam industri muzik tanah air, band rock Spider yang dianggotai oleh Tam (vokalis), Pown (gitar), Eiz (bass) dan Aie (dram) tampil menyatakan bahawa perhubungan antara satu sama lain merupakan faktor utama mereka kekal lama sebagai sebuah kumpulan.
Berita

Keluar Bersama Kakak Tanpa Izin Punca Pelakon Ini Pukul Teman Wanita

gempak
08/07/2024
09:50 MYT
Keluar bersama kakak tanpa izin teman lelaki didakwa sebagai punca seorang pelakon memukul teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara pada awal pagi semalam.
Terkini

Bersin Sampai Terkeluar Usus

gempak
11/06/2024
21:55 MYT
Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) berdepan situasi ngeri apabila ususnya terkeluar selepas dia bersin terlalu kuat.