Hiburan

"Kami Sering Lihat Mak Baring Di Riba Ayah, Mak Tak Pernah Kasar Dengan Kami" - Kak Nona Percaya Rezeki Memuliakan Keluarga, Selesa Kerja Adik-Beradik!

gempak
Amri Hassan
11/12/2024
13:52 MYT
Sponsor Banner
"Kami Sering Lihat Mak Baring Di Riba Ayah, Mak Tak Pernah Kasar Dengan Kami" - Kak Nona Percaya Rezeki Memuliakan Keluarga, Selesa Kerja Adik-Beradik!
Kakak kepada usahawan sensasi Kak KM, Rose Azlin Rosli tidak menafikan bahawa sokongan keluarga menjadi asas kepada setiap kejayaan yang dicapai.
Dikenali sebagai Kak Nona, pengasas bersama syarikat pengurusan acara RAR Sky Sdn Bhd itu percaya bahawa menghormati dan memuliakan keluarga membawa keberkatan serta murah rezeki.
“Bagi saya dan suami, keluarga sentiasa menjadi keutamaan. Mereka adalah nombor satu. Kami berkongsi rezeki dengan mereka, terutamanya Kak KM, yang telah bertahun-tahun bersama kami mengejar impian melalui perniagaan.
“Dalam setiap acara yang kami anjurkan, rasa tidak lengkap tanpa kehadirannya. Kami lebih selesa bekerja sesama keluarga kerana sudah memahami kepakaran masing-masing. Misalnya, jika ada ahli keluarga yang berbakat dalam fotografi, kami akan memberi peluang kepada mereka terlebih dahulu.
“Begitu juga untuk menjaga booth jualan, anak-anak, sepupu, atau anak buah akan diberi tanggungjawab sebelum kami mencari pekerja dari luar. Ini juga menjadi cara untuk mereka belajar bahawa mencari rezeki memerlukan usaha,” jelasnya.
Kak Nona turut menekankan pentingnya anak-anak memahami nilai usaha dan kerja keras, terutama dalam era moden di mana banyak yang hanya melihat hasil tanpa mengetahui perjalanan penuh cabaran di sebaliknya.
Kak Nona berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Festival Kampung Tradisi di SUK Selangor, Shah Alam, pada Isnin.
Festival anjuran Adikara dan RAR Sky Sdn Bhd ini akan berlangsung selama empat hari bermula 12 Disember di Dataran Pantai Morib.
Dalam pada itu, tambah Kak Nona, hubungan erat antara adik-beradik dalam keluarganya banyak dipengaruhi oleh contoh kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibu dan arwah bapanya sejak kecil.
“Mak dan ayah membesarkan kami penuh kasih sayang. Kami sering melihat mak baring di riba ayah, dan mak tidak pernah bercakap kasar dengan kami.
“Kami menghormati kedua orang tua dan sentiasa berpelukan setiap kali bertemu. Nilai ini kami teruskan kepada anak-anak supaya hubungan adik-beradik kekal erat,” katanya.
Festival Kampung Tradisi yang bakal berlangsung di Dataran Pantai Morib menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk permainan tradisional, makanan kampung, serta persembahan seni budaya.
“Festival ini bertujuan menghidupkan semula budaya tradisional yang menjadi identiti negara kita. Pengunjung juga boleh menikmati juadah kampung dari Perkampungan Mat Kilau serta pelbagai aktiviti lain,” ujar Rose Azlin.
Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran artis seperti Aan Ways, Azan Scan, Kak KM, Keena Mentor, dan lain-lain, yang bukan sahaja berniaga tetapi turut membuat persembahan.
Kak KM akan turut serta berniaga bersama ibunya, pelakon legenda Normah Damanhuri, yang akan menyajikan menu istimewa seperti Nasi Lemak Mantan dan pelbagai jenis bubur manis.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024