BERITA
“Kami Sedang Bersalaman” - Fasha Sandha Jawab Isu Video ‘Mesra’ Bersama Aidil Aziz
Pelakon popular, Fasha Sandha memberi penjelasan aksinya dalam satu video yang didakwa dia bermesra dengan pelakon Aidil Aziz sebenarnya mereka sedang bersalaman dan bukannya bermesra.
Fasha menyatakan perbuatan individu yang merakam video tersebut secara curi dan menyebarkannya dengan niat untuk mengaibkan orang lain.
“Apa saja pendapat yang diberikan sekarang, saya terima dengan positif, kerana saya yakin, semua mahukan yang terbaik. Saya terima dengan hati yang terbuka. Past is past,” katanya menerusi status di Instagramnya hari ini.
Ujarnya, Allah lebih mengetahui segalanya dan sebagai manusia sukar untuk menilai mahupun menghukum orang lain.A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Mengulas lanjut status hubungannya dengan aktor tersebut, Fasha mengakui ramai yang suka dia berkawan dengan lelaki itu.
“Ya, ramai yang suka saya berkawan dengan dia, kerana dia bukanlah ‘suami orang’ dan bukanlah seorang duda.
“Ya , tidak dinafikan ada juga yang tidak suka, kerana pengalaman lalu yang pernah dia lalui sebelum ini, ditambah pula dengan perbuatan manusia yang merakam video CURI kami sedang bersalaman dan menyebarkan dengan niat untuk mengaibkan orang lain... tak mengapa,” katanya.
Fasha mengakui kesederhanaan Aidil membuatkan dia berasa selesa kerana dia juga wanita sederhana yang sukakan kesederhanaan.
“Dialah sahabat saya, yang mampu buat kami gembira dan kami ketawa,” katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Must-Watch Video