,
Laman Utama

“Kami Respect Army, Sorry Ya” - Nak Muntah Buat Review Set McDonald’s BTS, Beby Tora Mohon Maaf

Azwa Rahman
31/05/2021
05:18 MYT
Personaliti media sosial Beby Tora memohon maaf kepada semua peminat kumpulan KPop terkenal BTS apabila didakwa telah menyinggung perasaan mereka sewaktu melakukan review makanan set McDonald’s band tersebut.
Menerusi laman sosial TikTok, Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie memuat naik permohonan maaf tersebut bersama sebuah lagi video bersama set makanan tersebut.
“Kami respect Army!! Sorry yaaa.
“Kami suka tengok cerita Korea, tapi yang peliknya kami tak minat BTS ka, Korea-Korea tak minat sangat. Tapi kami respek la sapa yang minat Korea tu. Tak merendahkan ka apa ka,” katanya di dalam video tersebut.
Malah dalam video permohonan maaf itu lagi, Atierah dilihat mengoyakkan kertas pembungkus makanan tersebut untuk dijadikan pelapik makanan.
Minggu lalu, sebuah video review makanan miliknya telah mengundang kecaman wargamaya terutamanya peminat BTS sendiri.
Atierah seolah-olah termuntah selepas merasa sos cajun khas yang disediakan di dalam set kerana berpendapat ia berasa seperti plastik. Namun video tersebut telah pun dipadam.
Di ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan pendapat mereka terhadap perkara ini.
“@cikenugget: Girl, do you know people mad at you not because of BTS. But it's because of your adab depan makanan”
“@life’sameme: Orang bukan marah akak cheese leleh review ni sbb bts, orang marah sbb adab dihadapan rezeki. Buat muntah2 dan menghina. Semua balik pada diri sendiri”
“@leuxyhoon: Kalau tak nak review dgn ikhlas lain kali tak pyh buat . Bts tak byr pun suruh awak buat review meal diorg”
“@❤?: Weh aku sorang jeke rasa cajun tu sedap rasa dia mcm cheese!!! HAHAHAAHAHA”
“@nobody: Tak kisah la apa pun. adab dengan makanan tu yang penting. Bukan setakat army je, locals pun sakit hati sbb dia tak hormat makanan”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Sering Dikutuk Gemuk & Hitam, Aya Amiruddin Tak Ambil Pusing Kritikan Orang - "Aya Dah Sebati Dengan Diri Sendiri"

gempak
10/09/2024
07:55 MYT
Pempengaruh dan pelakon, Aya Amiruddin berkongsi dia tidak pernah ambil pusing terhadap kata-kata orang berkaitan fizikalnya.
Viral

"Dapat Mana Cerita Tu?" - Alif Teega Tak Tahu Isteri Failkan Perceraian

gempak
09/09/2024
01:07 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Alif Teega mengaku terkejut dan tidak mengetahui bahawa isterinya, Aisyah Hijanah telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Ogos lalu.
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.