,
Hiburan

Kami Pilih Untuk Rakam Semula Lagu Hancur Aku Kerana Itu Karya Hebat - Nidji

Mya Amri
09/05/2017
09:00 MYT
Kumpulan Nidji memilih lagu popular, Hancur Aku nyanyian Estranged dan aktres Fazura untuk dimuatkan dalam album terbaru mereka, Love, Fake & Friendship.
Menurut vokalis Nidji, Giring, mereka merakamkan lagu tersebut bukan bertujuan untuk bersaing sebaliknya kerana menyukai karya tersebut.
"Tujuan kami bukanlah untuk membuat perbandingan tapi lebih kepada kagum dengan dua seniman yang boleh menghasilkan karya sebegitu bagus.
"Kami dengar dan interpretasi lagu itu dengan cara berbeza. Lagu itu ringkas, korusnya bagus dan melodinya sangat indah," katanya.
Nidji ditemui ketika majlis pelancaran album kelima Nidji berjudul Love, Fake & Friendship bertempat di The Bee, Publika pada Isnin.
Bagaimanapun Nidji mengambil inisiatif untuk menukar beberapa bait lirik asal mengikut kesesuaian pasaran Indonesia.
“Lirik yang kami tukar adalah “Apa Khabar Teman” kepada “Apa Khabar Mantan” untuk pendengar di Indonesia kerana perkataan mantan lebih relevan di sana.
“Saya akui proses rakaman untuk lagu ini memang mengambil masa yang agak lama. Sejujurnya karya ini memberikan cabaran besar buat kami untuk merakamkan lagu ini mengikut gaya Nidji,” jelas Giring.
Mengulas mengenai lagu tersebut, Nidji berharap lagu Hancur aku versi mereka diterima oleh pendengar di negara ini.
“Walaupun kami masih belum menerima maklum balas Estranged tapi kami berharap lagu versi Nidji ini akan disukai oleh pendengar di negara ini,” ujarnya.
Lagu ciptaan Estranged itu digubah semula dengan menggunakan khidmat tiga penerbit muzik terkenal Indonesia seperti Irwan Opung.
Nidji telah memilih bakat baru Indonesia, Dea sebagai rakan kolaborasi untuk lagu tersebut.
Nidji bakal mengadakan persembahan istimewa di Kilang Bateri, Johor Bahru pada Khamis ini.
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Didakwa Sudah Bercerai, Velvet Aduk Komen - "Kami Tidak Pernah Terfikir Pun"

gempak
23/08/2024
01:55 MYT
Penyanyi, Velvet Aduk menafikan dakwaan dirinya dan suami iaitu vokalis kumpulan Estranged, Rich bercerai.
Hiburan

DeFam & 6ixth Sense Akan Satu Pentas Dengan Macklemore, Bakal Beraksi Di Konsert ‘After Race Fest’

gempak
21/08/2024
13:55 MYT
Penyanyi rap Macklemore antara yang bakal memeriahkan konsert After Race Fest yang bakal berlangsung di Helipad Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC), pada 3 November nanti.
Hiburan

Gerenti ‘Kacau Bilau’, Showcase Jiwa Kacau 2024 Bariskan Enam Pemuzik Terkenal

gempak
05/03/2024
11:55 MYT
Fuh lineup gempak!
Laman Utama

Netizen Samakan Bilik Pembantu Rumah Atta Halilintar Macam Sel Penjara

gempak
13/12/2023
11:55 MYT
Alamak kenapa tu.
Laman Utama

Baru Dua Bulan Keluar Penjara & Isteri Fail Cerai, Ammar Zoni Ditangkap Kali Ketiga

gempak
13/12/2023
09:51 MYT
Alamak apa kes ni.