,
Laman Utama

“Kami Percaya Peminat Faham & Patuh SOP…” – Slam Berlatih 10 Jam Sehari Demi ‘Konsert Slam Mentari Muncul Lagi’

Fiza Kamarudin
11/02/2022
05:40 MYT
Kumpulan Slam dianggotai Zamani, Shah, Eddie, Lili dan Man berharap agar peminat yang hadir ke Konsert Slam Mentari Muncul Lagi di Plenary Hall, KLCC esok supaya mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Zamani ketika ditemui pada sesi latihan pada Rabu lalu, yakin para peminat memahami keadaan sekarang dengan kes harian Covid-19 yang semakin meningkat.
“Mungkin ada yang cakap, Covid-19 makin tinggi pun masih nak buat konsert. Konsert ini dijalankan dengan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKM) dan saya percaya pihak penganjur juga sudah maklum dengan SOP dan sebagainya.
“Para peminat Slam juga sudah pasti maklum mengenai keadaan sekarang dan akan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
“Kepada para peminat yang akan hadir konsert pada Sabtu ini, kami harap dapat memakai pelitup muka dan sentiasa menjaga jarak sepanjang konsert berlangsung. Kalau perlu, buat ujian calitan kendiri di rumah, itu lebih baik.
“Selesai konsert, pulang ke rumah dan terus bersihkan diri. Insya-Allah kita buat yang terbaik untuk mencegah jangkitan virus ini,” katanya.
Mengulas mengenai sesi latihan menjelang konsert, Slam berkata disebabkan masa yang agak suntuk mereka mengambil masa sehingga 10 jam sehari.
“Sesi latihan kami sebenarnya dilakukan sebanyak dua sesi sehari, lima jam pada waktu pagi dan sambung semula lima jam lagi pada waktu petang.
“Setakat ini kesihatan kami semua juga agak baik dan Zamani juga nampak sihat dan teruja untuk bertemu peminat Slam pada Sabtu ini,” kata Shah.
Sementara itu Zamani pula tidak mahu keadaan kesihatan dirinya menjadi penghalang untuk memberi persembahan bertenaga kepada peminat yang hadir.
“Kalau boleh, saya tidak mahu bercakap mengenai masalah kesihatan dan hanya memberi fokus sepenuhnya untuk menjayakan konsert itu nanti.
“Saya juga tidak mahu isu kesihatan menjadi kekangan buat saya menjayakan konsert. Setakat ini keadaan kesihatan saya dalam keadaan baik.
“Lagipun selepas setahun tertangguh akibat penularan virus Covid-19, saya harap konsert ini akan berjalan lancar,” katanya.
Tambah Zamani lagi, Slam sudah tidak sabar untuk menggamit semula nostalgia peminat menerusi seleksi lagu popular Slam.
Konsert tersebut akan bermula pada jam 8.30 malam dan memuatkan 50 peratus kapasiti dewan.
Pada awalnya, konsert berkenaan dijadualkan berlangsung pada 17 Januari lalu, namun terpaksa ditunda setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali diperketatkan.
Kali terakhir Slam mengadakan konsert berskala besar adalah pada 9 September 2016 di Pasir Gudang, Johor.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jenazah Arwah Jay Jay Selamat Dikebumikan, Hattan & Zamani Antara Yang Hadir Beri Penghormatan Terakhir

gempak
05/08/2024
04:18 MYT
Cuaca redup mengiringi pengebumian jenazah penyanyi terkenal Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus pada pagi Isnin.
Terkini

Slam Tak Kisah Digelar Band Leman - “Kami Okay Saja Sebab..."

gempak
15/02/2024
13:00 MYT
Kumpulan pop lagenda, Slam mengakui tidak terkesan dengan panggilan band ‘kampung’ yang diberikan oleh segelintir pihak seperti yang dikatakan oleh netizen.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Kenapa Zamani Tersingkir? Datuk Ramli MS Jelaskan…

gempak
30/10/2023
03:50 MYT
Ada beberapa sebab jadi punca Zamani tersingkir.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Semakin Tegas! Pernafasan, Stamina Dan Lagu Leman Antara Komen Hangat Juri

gempak
30/10/2023
01:55 MYT
Ada persembahan Tok Ram kata tak okay.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Zamani Tersingkir! - "Kalau Saya Ada Buat Apa-Apa Harap Halal Saja"

gempak
29/10/2023
15:39 MYT
Sampai sini saja perjalanan Zamani.