,
Hiburan

“Kami Minta Maaf, Hanya Berenam…” – Ketiadaan Wonho Tak Jejas Persembahan Superb MONSTA X

Mya Amri
25/06/2019
23:30 MYT
Ketiadaan salah seorang anggota kumpulan MONSTA X, Wonho tidak menjejaskan persembahan hebat konsert ‘Monsta X World Tour Were Are Here in Kuala Lumpur’ yang berlangsung pada Sabtu.
Mana tidaknya, lebih 5000 peminat hadir untuk menyaksikan sendiri persembahan secara langsung konsert yang dianjurkan oleh MacPiePro ini.
Bagaimanapun, I.M bagi pihak MONSTA X memohon maaf atas ketiadaan Wonho dan berjanji untuk kembali ke Malaysia sekali dengan anggota kumpulan yang lengkap.
“Terima kasih kepada anda untuk memori dan pengalaman yang manis ini. Kami juga ingin memohon maaf dengan apa yang berlaku dan ketiadaan rakan kami, Wonho.
“Kami benar-benar memohon maaf dan terima kasih kerana meluangkan masa untuk bersama kami. Kami berjanji akan kembali lagi ke negara ini bersama tujuh anggota lengkap,” ujarnya sebelum konsert tamat.
Terdahulu, MONSTA X yang dianggotai oleh Shownu, Minhyuk, Joohoney, Kihyun, Hyungwon, Wonho dan I.M hadir ke Malaysia untuk siri jelajah ‘Monsta X World Tour Were Are Here in Kuala Lumpur’ pada Sabtu.
Bagaimanapun, MONSTA X terpaksa mengadakan persembahan hanya dengan enam anggota kerana Wonho berdepan dengan masalah kehilangan pasport semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang Jumaat lalu.
Wonho kemudiannya terpaksa dihantar pulang ke Seoul untuk membuat pasport kecemasan sebelum kembali ke Malaysia sekali lagi.
Selepas ini, MONSTA X akan meneruskan siri jelajah mereka di Amerika Syarikat dan Eropah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.