,
Laman Utama

“Kami Maafkan, Lepas Ni Nak Buat Lawak…” - Didie Alias Bagi Warning, Jangan Buat Lawak Libatkan Negara

Izwan Isa
08/06/2023
12:50 MYT
Sejak semalam, nama Jocelyn Chia hangat diperkatakan apabila pelawak dari Singapura itu menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan jenaka.
Ramai dalam kalangan netizen, termasuk barisan selebriti Malaysia memberikan pandangan masing-masing terhadap insiden berkenaan.
BACA: Isu Pelawak Singapura Jadikan Tragedi MH370 Sebagai Bahan Gelak, Farhan Shah Minta Maaf - "Dia Telah Melampaui Batas..."
Pelakon, pengacara dan pelawak, Didie Alias memberikan peringatan kepada umum untuk tidak lagi menjadikan hal-hal sensitif sebagai bahan untuk lawak jenaka.
“Kami maafkan. Lepas ni kalau nak buat lawak, janganlah melibatkan negara ke ape? It's not funny at all. Kau buatlah lawak pasal keluarga kau ke? Binatang ke? Pokok-pokok ke? Diri sendiri ke?
“Kena jaga sensitiviti sekeliling. Aku pelawak wanita kat Malaysia pun tak pernah nak sentuh negara jiran pun langsung.
“Pengajaran buat diri sendiri dan juga semua pelawak-pelawak di Malaysia,” katanya di Instagram.
Terdahulu, kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak yang berasal dari negara itu, Jocelyn Chia.
BACA: Buat Lawak Tentang Tragedi MH370, Pelawak Singapura Dikritik Netizen Malaysia - “Stand Up Comedians Yang Bagus Tidak…”
Menurut Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, beliau sangat terkejut dengan komen-komen menyinggung yang dibuat oleh Jocelyn dalam sebuah pementasan komedi berdiri baru-baru ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dianggap Wajah Pelaris Produk, Ini Komen Hannah Delisha!

gempak
20/08/2024
17:05 MYT
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.
Viral

Aliff Aziz Kembali Sertai Tabligh, Ustaz Mohon Doakan Yang Baik-Baik!

gempak
07/08/2024
13:25 MYT
Penyanyi dan pelakon sensasi Aliff Aziz dilihat bersama-sama dengan sekumpulan tabligh baru-baru ini.
Berita

Tunai Hajat Anak Nak Tengok Konsert K-Pop, Lelaki Didenda Menyamar Jadi Pengawal Peribadi Keluarga Diraja

gempak
30/07/2024
09:25 MYT
Seorang warga Singapura didenda S$5,000 (RM17,263) gara-gara menyamar sebagai pengawal peribadi puteri dari sebuah Keluarga Diraja
Berita

“Saya Tak Nak Minta Ampun, Saya Minta Hukum Gantung Sampai Mati Sahaja. Terima Kasih” – Lelaki Bunuh Teman Lelaki Isteri

gempak
18/07/2024
00:10 MYT
Didakwa membunuh teman lelaki isterinya 11 tahun lalu, seorang warga Singapura memohon supaya Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atasnya.
Hiburan

Hannah Delisha Lancar Lagu Selepas Keguguran - "Akan Tiba Lagu Motivasi Tentang Harapan & Kekuatan"

gempak
15/07/2024
17:55 MYT
Kali terakhir penyanyi dan pelakon Hannah Delisha muncul dengan single adalah pada 2021 menerusi lagu Terlalu Mudah.