,
Hiburan

"Kami Akur Arahan Kerajaan..." - Ini Jawapan Tiara Jacquelina Mengenai Tarikh Pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical

Asraf Aided
09/06/2020
13:09 MYT
Penerbit dan pengarah teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL), Puan Sri Tiara Jacquelina bersedia menghadapi perubahan seandainya tarikh pementasan teater muzikal tersebut terpaksa ditunda ekoran krisis COVID-19.
Menurut Tiara yang juga pengasas Enfiniti (M) Sdn Bhd, dia dan pihak produksi hanya menunggu perkembangan seterusnya dan akan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan dari pihak kerajaan.
"Mengenai pementasan PGL The Musical, kami dari pihak Enfiniti akur dengan arahan pihak kerajaan, saya amat faham, kita semua dalam proses mencegah penularan wabak COVID-19.
“Walupun berat hati, tetapi saya dan pihak produksi harus mematuhi segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan bersedia untuk menunda tarikh tayangan teater ini jika ia masih tidak dibenarkan pada bulan Julai nanti," katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah Tiara, sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu, sesi latihan PGL The Musical telah diadakan sejak bulan Disember 2019.
"Sesi latihan bersama para pelakon selain mencari pelakon-pelakon utama telah diadakan sejak bulan Disember lalu, jadi saya yakin mereka sempat untuk 'catch up' menjelang hari pementasan nanti.
"Apapun, pihak Enfiniti menunggu perkembangan seterusnya dan akan mematuhi segala garis panduan daripada kerajaan," katanya lagi.
Berdasarkan perancangan tahun lalu, PGL The Musical yang diarahkan oleh Tiara Jacquelina itu telah dijadualkan untuk memulakan pementasan di Esplanade, Singapura pada Jun tahun ini diikuti di Istana Budaya pada Julai.
Difahamkan, pihak Enfiniti (M) Sdn Bhd akan mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perkembangan terkini PGL The Musical dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiara Jacquelina Sahkan Tiada Pementasan Puteri Gunung Ledang Dalam Masa Terdekat - "Saya Mahu Fokus Pada ..."

gempak
11/05/2024
03:55 MYT
Untuk penggemar teater tanah air, persembahan teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) sememangnya sesuatu pementasan yang tidak asing lagi.   Akan tetapi, menurut pengarah dan penerbit Puan Seri Tiara Jacquelina berkata teater muzikal itu tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana dirinya mahu memfokuskan lebih dalam kerjaya bis
Laman Utama

Ekstravaganza Muzikal, Astro Showcase Meriah, Dapat Sentuhan Magis Daripada Tiara Jacquelina

gempak
21/07/2023
13:24 MYT
Memang sangat meriah!
Laman Utama

Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom Ditayangkan Di Astro First! Versi Eksklusif & Lebih Banyak Kesan Visual

gempak
16/05/2023
05:50 MYT
Yeay ada versi eksklusif!
Laman Utama

Dream Forest Bawa Pengunjung Nikmati Keindahan Hutan Teknologi Yang Penuh Kisah Lagenda Langkawi

gempak
28/02/2023
12:00 MYT
Menakjubkan
Laman Utama

Tiara Jacquelina Tiada Perancangan Teruskan Pementasan Muzikal Gunung Ledang; “Tapi Siapa Tahu Kalau…”

gempak
22/02/2023
08:30 MYT
Harapnya akan ada