Hiburan
Kami Akan Tanggung Semua Kos" - Bella Dally & Suami Lakukan Sanitasi Di Masjid & Surau Secara Percuma
Pelakon Bella Dally sedang aktif melakukan aktiviti nyah cemar (sanitasi) di beberapa buah masjid dan surau di Kuala Lumpur dan Selangor.
Menurut Bella, dia melakukan aktiviti itu bersama suaminya, Arif Izuddin.
"Saya dan suami membuat keputusan untuk sama-sama terlibat dalam sesi nyah cemar (sanitasi awam) di beberapa buah masjid dan surau di Kuala Lumpur dan Selangor secara percuma.
"Kalau korang tau mana-mana AJK masjid atau surau, sila kongsikan mesej ini kepada mereka dan minta mereka untuk memberikan nombor telefon kepada saya, suami saya akan hubungi mereka," tulis Bella menerusi kapsyen di Instagram.
Dalam pada itu, Bella menjelaskan semua sanitasi itu akan ditanggung oleh pihaknya.
"Kami akan tanggung semua kos termasuk kimia dan peralatan," tambahnya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha murni Bella dan suaminya itu, ada juga yang berdoa agar urusan pasangan ini dipermudahkan.
Sekadar info, Bella dan Arif mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Sebelum itu, Bella pernah berkahwin dengan aktor Nazim Othman, namun rumah tangga mereka menemui titik noktah apabila sah bercerai talak satu pada 17 Mei 2018.
Must-Watch Video