,
Laman Utama

Kamal Adli Fitting Baju, Pernikahan Dengan Uqasha Senrose Macam Tak Lama Dah Ni

Maliah Surip
05/10/2021
00:45 MYT
Aksi pelakon Kamal Adli yang berkongsi momen dirinya sedang melakukan sesi mengukur pakaian atau fitting menerusi beberapa foto di Insta Story, Instagram miliknya semalam mencuri perhatian netizen.
Menerusi foto yang menyaksikan dirinya bertemu dengan pesohor fesyen Rizman Ruzaini dan meninggalkan kapsyen 'ukur apa tu'?, Kamal seperti memberi hint dia bakal memakai busana pengantin hasil sentuhan pereka tersebut.
Tidak hanya melakukan sesi fitting bersama Rizman, pelakon berusia 35 tahun tersebut juga berkongsi foto dirinya bertemu dengan pereka yang pakar membuat pakaian jenis suit, Kenny Lords di Lords Tailor.
Bagaimanapun, kelibat Uqasha, 29, tidak kelihatan dan tinjauan Gempak ke Instagramnya menyaksikan pelakon tersebut sibuk menjalani penggambaran drama terbarunya, The Hotel 2.
Sebelum ini dalam temubual bersama media, Uqasha memaklumkan sudah melakukan lebih 80 peratus persiapan menjelang pernikahan mereka.
Hal itu sekaligus mencetuskan spekulasi majlis pernikahan pasangan yang bertunang pada April lalu ini akan berlangsung tidak lama lagi.
Malah, ada sumber mengatakan Kamal dan Uqasha akan menikah pada awal November depan selepas terpaksa menangguhkan hari bahagia mereka pada Jun lalu kerana pandemik COVID 19.
Pasangan tersebut juga merancang beberapa majlis, termasuk acara pernikahan yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan kerabat terdekat yang mahu diadakan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi.
Terdahulu Kamal yang bergandingan dengan Uqasha menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa telah 'melamar' wanita idamannya itu pada acara anugerah MeleTOP, Disember tahun lalu.
Untuk rekod, Rizman Ruzaini dan Lords Tailor memang menjadi jenama kepercayaan banyak selebriti pada hari bahagia mereka.
Antara selebriti yang menggayakan busana pengantin dari Rizman adalah Fazura dan Fattah Amin serta adik Uqasha iaitu Nelydia Senrose yang berkahwin dengan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada April 2019.
Instagram: @kamaladli
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.