VIRAL
Kali Ini Giliran ‘Abang Santan’ Curang Dengan Isteri, Perbualan Berunsur Lucah Jadi Bukti - “Kalau Saya St*m Tiba-Tiba…”
Isu kecurangan masih menjadi topik hangat di media sosial apabila ada lagi satu kes melibatkan suami berlaku curang terhadap isteri.
Cerai isteri
Selepas ‘Abang CCTV & Wiring’, kini timbul pula kisah ‘Abang Santan’ yang didakwa bermain kayu tiga sehingga tergamak menceraikan isterinya ketika masih dalam tempoh berpantang.
ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Sebab Sayang, Tapi..." - Berkali Minta Cerai, Isteri ‘Abang Wiring’ Dedah Suami Enggan Ceraikan Sebab...
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Pemandu E-Hailing Terkejut Tengok ‘History’ Google Suami, Siap Ada Rakaman Punggung Pelanggan Wanita - “Memang Jijik!”
Tular di Facebook, seorang wanita yang kini bergelar bekas isteri ‘Abang Santan’ mendakwa suaminya itu telah berlaku curang dengan wanita lain.
Lebih meruntun hati, bekas suaminya itu telah melafazkan cerai ketika dirinya baru sahaja melahirkan anak dan masih dalam fasa berpantang selama 42 hari.
“Dia tak fikir masa depan anak yang baru lahir, bagi isteri meroyan masa dalam pantang,” kongsinya.
Tidak mampu lagi menanggung keperitan yang dialami, wanita berkenaan akhirnya tampil bersuara dengan mendedahkan beberapa tangkap layar perbualan lelaki itu bersama beberapa wanita lain sebagai bukti kecurangan yang berlaku.
Wanita lebih berusia
Wanita tersebut turut mendakwa bekas suaminya itu lebih tertarik dengan orang lebih berusia dan sering terlibat dengan perbualan berbaur lucah.
“Dia tak ada rasa sayang dekat isteri sebab perempuan-perempuan macam ni,” katanya.
Malah, lelaki itu sanggup menyewa inap desa (homestay) semata-mata untuk bertemu dengan wanita lain meskipun ketika itu masih memegang status sebagai seorang suami.
Menurut wanita itu lagi, suaminya sendiri mengakui sudah hilang keinginan terhadap dirinya selepas dia melahirkan anak.

Lebih menyedihkan, lelaki tersebut turut memberi pelbagai alasan untuk ‘menghalalkan’ kecurangannya, termasuk mendakwa bahawa si isteri tidak lagi melayannya dengan baik, kurang memberi perhatian, malas memasak dan terlalu sibuk.
Difahamkan, lelaki itu dan wanita-wanita terbabit berkenalan menerusi aplikasi mencari jodoh.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang bukan sahaja bersimpati dengan nasib wanita berkenaan, malah turut meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap tindakan si suami.
Rata-rata netizen mengecam tindakan suami yang dianggap tidak berperikemanusiaan kerana menceraikan isteri ketika masih dalam pantang, saat wanita itu sepatutnya menerima sokongan dan kasih sayang.
Must-Watch Video