,
Laman Utama

“Kalau Yer Pun Janganlah Sebar Video…”- Berhimpit Mandi Sungai, Netizen Minta Jangan Taksub Nak Viral, Takutkan Orang Je!

Hanafis Haris
15/09/2021
00:55 MYT

Sejak kelmarin, platform media sosial telah dipenuhi dengan keluhan ramai mengenai situasi di kawasan air terjun Sungai Pisang Gombak yang menjadi tumpuan ramai sehingga terlalu sesak.

Gambar serta video kepadatan orang ramai yang berhimpit-himpit ternyata mengundang kemarahan netizen.

Tambah teruk lagi, masih ramai yang membuang sampah-sarap di celahan batu, pokok sehingga mencacatkan pemandangan.

BACA: Sungai Pisang Dipenuhi Sampah, Netizen Kesal Orang Tak Bertanggungjawab - “Dah La Masuk Takde Permit, Sampah Buang Merata”

Pun begitu, sejak malam semalam, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan video lama dengan tujuan untuk menimbulkan kegusaran ramai.

Hakikatnya, video berdurasi kurang 15 saat itu dipercayai berlaku di Indonesia beberapa bulan yang lalu.

Pada masa sama, ada juga diantara selebriti tempatan secara terbuka berkongsi video berkenaan biarpun ia berlaku di negara jiran.

Susulan itu, ramai tampil meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenai isu berkenaan.

Kebanyakan mereka meminta supaya orang ramai menyemak dulu kesahihan video biarpun ia bertujuan untuk menyedarkan masyarakat.

“Semak dulu sebelum nak kongsi, video lama tu”.

“Alamak, terang-terang tu video di Indonesia, kenapa kata dekat Kuala Langat”.

“Ramai kongsi video tak sahih, jangan la percaya 100 peratus,” tulis beberapa netizen.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.