,
Laman Utama

“Kalau YB Khairy Jamaluddin Baca Interview Ini, Sila Letakkan Nama Anak-Anak Saya Dalam Senarai Percubaan Vaksin” - Daphne Iking

Izwan Isa
03/11/2021
07:50 MYT
Pada 26 Oktober lalu, kerajaan telah mengumumkan bahawa Malaysia terpilih bagi menjalankan kajian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 Sinovac keluaran syarikat China dengan sasaran kanak-kanak bawah usia 12 tahun.
Selain itu, jawatankuasa penasihat vaksin FDA turut mengesahkan yang vaksin COVID-19 Pfizer boleh digunakan untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
Rentetan daripada pengumuman tersebut, ramai ibu bapa dilihat tidak bersetuju dengan cadangan yang diumumkan oleh kerajaan dengan memberi alasan bahawa anak-anak mereka bukan bahan uji kaji.
BACA: "I Said NO!" - Bukan Anti-Vaksin Tapi Mila Jirin Tak Nak Anak Sertai Ujian Vaksin COVID-19
Begitupun, lain pula ceritanya dengan pengacara popular Daphne Iking. Ketika berpeluang bertemu dengan Daphne pada majlis pertunjukkan fesyen Mara In Fashion yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur baru-baru ini, selebriti yang berasal dari Sabah itu mengakui terbuka untuk membenarkan anak-anaknya menjalani ujian klinikal vaksin yang telah diumumkan oleh kerajaan.
Kongsi Daphne, dia percaya bahawa ujian intensif dan menyeluruh telah dijalankan sebelum ini oleh pakar dan yakin bahawa pemvaksinan untuk kanak-kanak merupakan satu proses yang selamat.
“Saya percaya sains. Saya juga percaya yang kajian telah dibuat sebelum ini dan menunjukkan hasil yang positif. Semua orang dewasa dalam rumah saya, termasuk pembantu telah menerima vaksin.
“Anak saya yang berusia 14 tahun juga telah menerima vaksin lengkap, tinggal menunggu dos penggalak sahaja. Saya okay dengan saranan ini kerana anak-anak kepada sahabat-sahabat saya di luar negara juga telah divaksin dan mereka baik-baik sahaja.
“Jadi, kalau YB Khairy Jamaluddin baca interview ini, sila letakkan nama anak-anak saya dalam senarai percubaan vaksin,” katanya kepada Gempak.
BACA: Anak-Anak Saya Bukan Bahan Uji Kaji Anda Wahai Kerajaan..." - Almy Nadia Pula Tak Setuju Pemberian Vaksin Bagi Kanak-Kanak
Dalam pada itu, Daphne sempat memberi pandangan terhadap golongan ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka divaksin pada usia yang terlalu muda.
“Kawan rapat saya sendiri pun ada yang anti-vaksin. Agak sukar (isu penolakan vaksin) sebab ia berbalik semula pada pilihan mereka untuk menerima vaksin atau tidak. Kita ada peraturan kan? Sebelum ini anak-anak kita menerima suntikan BCG dan sebagainya.
“Saya rasa perasaan takut itu datang kerana mungkin mereka tidak tahu apa yang akan berlaku selepas anak-anak disuntik vaksin, jadi saya faham alasan mereka. Tetapi, mereka juga perlu hormatlah jika mereka tidak dibenarkan untuk menyertai pelbagai program dan acara.
“Bagaimanapun, saya ada dengar tentang cadangan untuk tidak membenarkan mereka yang tidak mengambil vaksin untuk mengundi. Bagi saya itu merupakan satu cadangan yang keterlaluan. Tidak boleh masuk pusat beli-belah atau makan di restoran tak apa, tetapi jangan nafikan hak konstitusional warga negara yang ada pada mereka,” tutup Daphne.
Daphne atau nama sebenarnya Dahlia Daphne Eleanor Mozes Iking, 43, mendirikan rumah tangga dengan Azmi Abdul Rahman pada 8 Januari 2011. Daphne mempunyai empat cahaya mata iaitu Isobel Daniella Iking, 14, Iman Daniella Iking, 10, Isidore Daniel Iking, 5, dan Ilon Daniel Iking Azmi yang kini berusia setahun.
Kredit foto: Instagram Daphne Iking
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.
Hiburan

Elly Mazlein Lebih Selesa Sembunyi Muka Anak - “Saya Letak Emoji Di Instagram Sahaja, Tapi Kalau Di..”

gempak
17/09/2024
07:55 MYT
Tidak mendedahkan wajah anak kepada umum, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, memang selesa dengan tindakan itu.