,
Laman Utama

“Kalau Tak Buat Benda Pelik, Bukan Janna..” - Sedap, Gebu, Sejuk, Janna Nick Makan Salji!

Azwa Rahman
05/01/2022
04:20 MYT
Pelakon cantik Janna Nick mencuri tumpuan ramai apabila memaklumkan dirinya sudah lama mengidam mahu mencuba makan salji dan berpeluang menikmatinnya di luar negara.
Menerusi laman sosial Instagram, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 26, berkongsi video menikmati segenggam salji bersama madu untuk tatapan umum.
“Sedap eh snow ni. Serius. Gebu dan sejuk dia tak macam ais dalam peti ais tu. Lepas ni kena bawa mangkuk, susu, sirap, kacang, gula merah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada perkongsian berdurasi 40 saat itu, Janna yang berada di luar negara mengunyah segenggam salji di pergunungan yang paling tinggi di kawasan itu.
Makan bersama madu, pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu terbaring keriangan setelah salji yang dimakan berasa sedap, gebu dan sejuk.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya terhibur melihat Janna ‘buat hal’ di negara orang.
Tidak kurang juga ada yang sudah lama mempunyai keinginan yang sama untuk merasa dan mencuba makan salji.
“Balik cepat Janna, risau pulak macam-macam yang aneh-aneh dia try kat sana tu,” usik seorang wargamaya.
“Weh sama la kalau ada rezeki pergi tempat snow pun nak makan snow. Memang teringin,” kata seorang wargamaya.
“Ahh ghisau kita lagi lama duk sana pelik-pelik kejadian nanti,” komen seorang wargamaya.
“Kalau tak buat benda pelik, bukan Janna la namanya,” tulis seorang wargamaya.
“Weh jangan makan direct sebab atas salji sebab selalunya tercemar dan kadang kadang ada spora. Bear Grylls tu pun sapu layer atas dulu baru ambik salji yang paling bawah,” tegur seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 230,000 tontonan daripada wargamaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Janna Nick Akui Bukan Mudah Nak Dapatkan Anak - "Banyak Supplement Kena Makan, Kena Jaga Kesihatan Mental, Kurangkan Kerja..."

gempak
26/06/2024
02:25 MYT
Setahun sudah mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Janna Nick mengakui dia kini dalam proses mencuba untuk mendapatkan zuriat.
Hiburan

Setahun Kahwin, Janna Nick & Dini Mandi Bersama Setiap Hari: “Kalau Tidak Sempat Buat..”

gempak
10/06/2024
17:07 MYT
Pasangan pelakon Dini Schatzman dan Janna Nick baru meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka yang jatuh pada tanggal 10 Jun 2024.
Hiburan

Video Usik Ruhainies 'Penyondol' Tular, Janna Nick; "Jauh Di Sudut Hati Mengata Orang Jatuh Ditimpa Tangga, Saya Simpati Dengan Semua Pihak"

gempak
01/05/2024
01:50 MYT
Pelakon Janna Nick tiada niat untuk menyindir atau mengulas mengenai isu panas yang membabitkan mana-mana pelakon terutama Ruhainies.
Viral

“Siapa Yang Berani Sentuh, Saya Tak Kisah Nak Masuk Penjara” - Janna Nick

gempak
29/04/2024
03:55 MYT
Janna berkata, dia kini sedang berbahagia dengan suaminya dan dia tidak kisah untuk masuk penjara jika ada yang mengganggu rumah tangga mereka.
Terkini

Tak Tahu Nak Buat Apa Pada Hujung Minggu? Jom Saksikan 2 Filem Ini!

gempak
22/03/2024
13:55 MYT
Tersedia di platform Youtube Astro Shaw, dua filem ini turut boleh distrim di peranti pintar di mana-mana dan pada bila-bila masa.