,
Laman Utama

“Kalau Saya Tersingkir Pun…” - Sandra Luah Hasrat Terakhir Sebelum Kemalangan

Mya Amri
15/09/2020
08:24 MYT

Hasrat terakhir penyanyi dan bintang Big Stage 2020, Sandra Dianne untuk melebarkan sayap ke Indonesia tidak tercapai.

Kata-kata terakhir Sandra itu didedahkan menerusi temubual bersama Gempak sehari sebelum insiden kemalangan berlaku.

Gempak juga memuat naik rakaman suara Sandra itu menerusi akaun Instagram.

Allahyarham juga meluahkan hasrat untuk mengeluarkan album hasil daripada tulisan penuh karyanya sendiri.

“Saya sebenarnya target saya dalam nyanyian ni saya nak bawa nama Malaysia ke luar negara. Target saya tahun depan saya nak ke Indonesia untuk kembangkan lagi karier saya.

“Target saya juga untuk keluarkan satu album yang betul-betul tulisan saya sendiri karya saya sendiri. Doakan yang terbaiklah. Semoga semua berjalan lancar dengan karier saya selepas ini.

“Kalau saya tersingkir pun sekurang-kurangnya saya ada sesuatu yang ingin dilakukan dan sesuatu untuk dijual dekat Malaysia ni,” luahnya.

Bagaimanapun, hasrat itu tidak sempat ditunaikan selepas Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, terlibat dalam satu kemalangan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention

Centre (PICC) bagi tujuan rehersal pada 5 September 2020.

Sandra Dianne telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 11 September kira-kira jam 1 pagi setelah enam hari bertarung nyawa akibat kemalangan.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Semangat Ibu Sandra Semakin Kuat, Tak Lupa Buat Wakaf Untuk Arwah

gempak
21/01/2021
13:15 MYT
Menurut Syakinah, semangatnya kembali pulih dengan berkat doa daripada ahli keluarga dan peminat Allahyarham.
Laman Utama

Sandra Sempat Tunai Hasrat Ibu Sebelum Pergi

gempak
20/01/2021
12:15 MYT
Meskipun jasadnya sudah tiada, namun nama Sandra Dianne sentiasa ada bersama peminatnya.
Hiburan

“Jangan Sokong Saya Sebab Simpati” -  Miliki Penglihatan Hanya 20 Peratus, Dinie Rashid Mahu Orang Ramai....

gempak
07/10/2020
07:21 MYT
Dinie sekadar menduduki tempat keempat dalam BS2020
Hiburan

“Lepas Tengok Wajah Abang Ajai Saya Tiba-Tiba Jadi…” - Fadh Majid Akui Kesilapan Lupa Lirik Antara Faktor Kekalahan!

gempak
06/10/2020
03:10 MYT
Hanya menyebut lirik yang sama iaitu 'papan di jawa' sebanyak tiga kali.
Laman Utama

Catat Sejarah Tersendiri! Jumlah Tontonan & Undian Big Stage 2020 Melebihi Musim Ke…

gempak
05/10/2020
06:30 MYT
Biarpun berdepan cabaran pandemik COVID-19!