,
Berita

"Kalau Saya Nak Pinjam Akak RM50 Untuk Beli Lauk Sementara Duit BPN Masuk, Boleh Tak Kak?" - Abby Abadi Dedah Ramai Mesej Minta Tolong, Tapi...

ZULHILMI JALIL
10/04/2020
05:58 MYT
Pelakon Abby Abadi menyatakan hasratnya untuk melancarkan satu tabung khas bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik, lebih-lebih lagi bagi mereka yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Abby, dia terpanggil untuk berbuat demikian kerana mahu mengajak orang ramai turut serta meringankan bebanan mereka yang memerlukan memandangkan ramai yang meminta bantuan daripadanya.
"Terpaksa juga bercerita supaya orang yakin dengan saya walaupun segan sebenarnya. Saya buat kerja ni (hulur bantuan) dah lama.
"Musim PKP ni saya berushaa berkongsi dan menyumbang juga tapi sebab kemampuan saya terbatas jadi bila ramai yang datang memohon bantuan dengan jumlah yang lebih besar, saya tak terdaya," jelasnya.
Dalam posting tersebut, Abby turut berkongsi beberapa paparan mesej yang diterimanya daripada orang ramai yang meminta pertolongan daripadanya.
"Nak tanya, kalau saya nak pinjam akak RM50 untuk beli lauk sementara duit BPN (Bantuan Prihatin Nasional) masuk ni, boleh tak kak?," tanya seorang netizen.
"Saya perlukan RM60 sahaja, tapi Kak Abby bagi saya lebih. Insya-Allah ada rezeki saya lebih saya akan cari Kak Abby nanti," luah individu yang meminta bantuan Abby.

Bincangkan... ?? Sy cadangkan sebab terlalu ramai yg perlu dibantu & Sy tak sekaya Dato Aliff Syukri ? . Kehidupan Sy sederhana je. Tanggungjawab banyak& Tanggungan pun besar. Bantu manja2 bulehlah.. Sekarang Sy ajak berjemaah & perlukan kasih sayang semua utk bantu mereka yg memerlukan.. ramaii kot! Marilah sama2 buat kebaikan.. takkanlah nk masuk syurga tak ajak kawan2 kan hehe ? . Oklah Sy share disini: Terpaksa juga bercerita supaya org yakin dgn Sy walaupun Segan sebenarnya ? . Sy buat kerja ni dah lama.. Musim2 PKP ni Sy berusaha berkongsi & menyumbang juga tp sbb kemampuan Sy terbatas jadi bila ramai yg dtg memohon bantuan dgn jumlah yg lebih besar.. Sy tak terdaya huhu ? . Gambar2 yg Sy sertakan ni adalah sebahagian bukti Sy buat kerja ni mmg tiada kepentingan apa2. Atas rasa tanggungjawab sebagai Hamba ALLAH & atas rasa kemanusiaan sesama kita. . Mari fikirkan bersama. Kalau tak panggil Tabung sbb tak buleh kumpul Dana, nak panggil apa.. Mari2 sembang jap hehe.. ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Prihatin dengan nasib mereka yang kurang bernasib baik khususnya dalam kalangan pengikutnya, Abby berharap idea mewujudkan tabung itu menerima respons positif.
"Saya cadangkan (tabung) sebab terlalu ramai yang perlu dibantu dan saya tak sekaya Datuk Seri Aliff Syukri. Kehidupan saya sederhana sahaja.
"Tanggungjawab banyak dan tanggungan pun besar. Bantu manja-manja bolehlah. Sekarang saya ajak berjemaah dan perlukan kasih sayang semua untuk bantu mereka yang memerlukan. Ramai kot! Marilah sama-sama buat kebaikan," katanya.
Apapun, sepanjang tempoh PKP ini, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Abby Abadi Kongsi Tips Mudah Nak Solat Bila Sedang Berjalan - “Bila Masuk Waktu, Pakai..”

gempak
23/11/2024
08:55 MYT
Pelakon Abby Abadi menerusi Instastory berkongsi tip untuk memudahkan seseorang itu terutama kaum wanita menunaikan solat ketika sedang berjalan-jalan.
Hiburan

Abby Abadi Terkenang Momen Lucu Awal Perkahwinan, Rasa Pelik Dipanggil Kak Long - “Kita Anak Bongsu, Rupanya Suami Anak Sulung Wak!”

gempak
22/11/2024
23:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi mengimbas kembali kenangan diawal perkahwinan bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakaria.
Hiburan

Norman Hakim Syukur Marissa Dania Kongsi Rezeki Belanja Family Makan Malam, Abby Abadi Titip Pesan Pada Anak-Anak – “Apa Keadaan Sekalipun…”

gempak
08/11/2024
12:50 MYT
Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania sekali lagi mencuri tumpuan di media sosial.
Hiburan

Nyanyian Dikritik Netizen, Abby Abadi Tampil ‘Back Up’ Fazura - “Korang Maki Dapat Apa? Istighfar Banyak-Banyak”

gempak
06/11/2024
04:25 MYT
Pelakon Abby Abadi tampil mempertahankan penyanyi dan aktres, Nur Fazura yang menyanyikan lagu terbaharunya berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’.
Viral

Kalah Kes Saman Fitnah Terhadap Bekas Menantu, Ustaz Engku Fadzil Buka ‘Tabung’ Kutip Sumbangan - "Kesemuanya RM65,000"

gempak
29/10/2024
00:50 MYT
Tokoh agamawan ASWAJA yang juga bekas bapa mentua kepada bekas ratu cantik negara, Shakila Saiful iaitu Ustaz Engku Fadzil memohon sumbangan orang ramai untuk membiayai kos guaman peringkat rayuan selepas kalah kes saman fitnah terhadap bekas menantunya itu.
Unitar