gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Rakan Dedah Sisi Sebenar Fatin Afeefa, Dilabel Sebagai Isteri Taat Pada Suami - “Korang Pernah Dengar Dia menyanyi Lagi? Berlakon?”
VIRAL
“Kalau Nak Pergi, Silakan…” - Nur Shahida Anggap Buang Masa Bergaduh Dengan Suami Hanya Sebab ‘Penyondol’
HOLLYWOOD
Hubungan Cinta Chris Martin, Dakota Johnson Kandas
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

"Kalau Saya Lupa Ingatan, Awak Beri Video Ini Ya" - Risteena Rakam Madah Cinta Agung Isa Khan, Tapi Netizen....

gempak
ZULHILMI JALIL
06/02/2020
06:55 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Saya Lupa Ingatan, Awak Beri Video Ini Ya" - Risteena Rakam Madah Cinta Agung Isa Khan, Tapi Netizen....
Pelakon Isa Khan melafazkan janji bahawa tiada wanita lain yang akan hadir sebagai teman hidupnya melainkan insan yang paling dicintai yang kini merupakan tunangnya, pelakon Nur Risteena.
Isa berkata, dia tidak akan sesekali meninggalkan Risteena walau apa jua sekalipun, apatah lagi cuba mendekati wanita lain.
"Saya tak akan tinggalkan awak, tak akan ada orang lain, terlalu jauh sangat, tak mungkin, tak akan wujud dalam hidup saya (wanita lain).
"Saya adalah lelaki paling bahagia kalau tak ada orang nak kat saya, cukuplah ada awak seorang. Dah lengkap dan cukup sempurna dah hidup saya. Kalau saya lupa ingatan, awak beri video ini ya," tuturnya.
Perkara itu diluahkan Isa menerusi sepotong video yang dirakam Ristena sebelum dikongsikannya di akaun Instagram TV miliknya.
View this post on Instagram
Saja tanya soalan yang merepek, suke suke je, tapi dia layankan jelaaaa ? #cintahati
A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on Feb 5, 2020 at 12:43am PST
Video berdurasi 3 minit 11 saat itu adalah bukti betapa agungnya cinta Isa terhadap Risteena yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
"Kalau ada perkataan yang lebih kuat dan menyakinkan daripada CINTA, saya dah beritahu awak dah, kalau ada sebutan yang luar biasa daripada I LOVE YOU saya dah lafaz setiap hari.
"Tak tahulah wujud ke tak perkataan itu. Sebesar itu cinta saya pada awak. Lebih daripada I Love You. Saya nak beritahu awak yang I Love You tu tak cukup nak menyatakan cinta saya pada awak," luahnya.
Begitupun, video itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen.
Ada yang menyifatkan ia merupakan madah biasa yang dituturkan seorang lelaki yang belum berkahwin.
"Sebelum halal memanglah sweet, dah halal nanti tunggu je lah, sweet ke sour.
"Aku masa sayang dengan awek aku dulu macam ni juga, tapi sekarang habuk pun tarak.
"Sebelum kahwin ni memang lah sweet cinta bagai kalau laki nui, tengok lah nanti lepas kahwin, hilang dah sweet tu, jadi sawit lah nanti," tulis sebahagian komen.
Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu di Bali, Indonesia.
Risteena sepatutnya bertunang bersama pelakon Ikhwan Khairudin pada 19 Oktober lalu, namun hubungan mereka terhenti di tengah jalan.
Topic Berkaitan
#Isa Khan
#Nur Risteena
Must-Watch Video