Laman Utama
"Kalau Pentas Berhantu Sekali Pun, Itu Adalah Lumrah... Mesti Ada Orang Nak Menang" - Fazley Yaakob
Adat bertanding, pasti ada yang kalah dan menang. Namun, hal yang memesongkan akidah seperti memohon bantuan jin atau bersahabat dengan iblis menjadi kisah pemanas dalam setiap panggung.
Bagi cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, hal itu dianggapnya sebagai lumrah dan tidak menolak kebarangkalian untuk ada dalam acara bersifat pertandingan.
Kata Fazley, setiap yang bertanding mahukan kemenangan, oleh itu tidak mustahil taktik kotor juga antara jalan pintas untuk mencapai apa yang diinginkan.
"Dalam dunia masakan atau nyanyian pasti ada pembawakan mistiknya tersendiri. Jadi persediaan itu sudah ada seperti amalan-amalan zikir, solat-solat sunat, itu lumrah amalan biasa.
"Namun, apabila berada di satu pentas yang besar, keadaan misteri itu suatu hal yang tak boleh elak sebab setiap pertandingan ada orang yang ingin menang, mencapai kemuncak.
"Jadi, apabila pentas itu berhantu sekali pun, berhantu dengan muzik, berhantu dengan gangguan, berhantu dengan baik sekali pun, itu adalah lumrah dan tak menjadi masalah," katanya.
Fazley yang popular dengan lagu Asmara Ini menjadi salah satu antara bintang yang bertanding dalam rancangan realiti popular Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).
Selain Fazley, 12 bintang lain yang turut serta termasuk Adibah Noor, Suki Low, Nikki Palikat, Shidee, Azzan, Ani Maiyuni, Bandi Amuk, Aliff Aziz dan wakil Indonesia, Upiak Isil.
Konsert mingguan ‘GV8’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 21 November 2021.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video