,
Hiburan

“Kalau Papa Tak Balik, Ingat Siapa Kena Jaga…” - Pesanan Johan Untuk Anak Sebelum Berangkat Tunai Haji Buat Netizen Sebak

Asyikin Mayudin
17/06/2024
06:55 MYT
“Kalau papa tak balik, ingat siapa kena jaga adik-adik,” Itulah pesanan pengacara dan pelawak Johan untuk anak-anaknya sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.

Video Momen Johan & Anak-Anak

Video memperlihatkan Johan menitipkan pesanan tersebut sempat dirakam oleh rakannya sewaktu menghantar selebriti berkenaan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Johan Hampir Terlepas Pesawat Tunai Haji

ARTIKEL BERKAITAN: Air Mata Elfira Loy Mengalir, Sebak Ramai Bantu buat Persiapan Untuk Tunai Haji - “Saya Tak Pernah Buat Video Menangis Macam Ini…”

Menerusi video yang dikongsikan semua akaun peminat di TikTok, rata-rata netizen turut sebak melihat momen antara Johan dan anak-anaknya.

“Kata-kata dia ‘kalau papa tak balik, ingat siapa kena jaga adik-adik’. Dan saya berhenti merakam sebab ia terlalu banyak untuk saya kawal. Betapa si bapa terlalu menyayangi anak-anak.

“Setiap benda yang Johan adalah semata-mata untuk kebaikan anak-anak dan orang sekeliling,” tulis di kapsyen perkongsian tersebut.
Difahamkan, hantaran tersebut dibuat oleh rakan sempena hari lahir Johan atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz yang kebetulan di sambut di Tanah Suci baru-baru ini.
Dapat dilihat yang penyampai radio itu turut memeluk dan mencium anak-anak sebelum berangkat menunaikan haji bersama isteri serta rombongan pada 9 Jun lalu.
@johanozzlyn Kasih seorang ayah? #johanozlynn #fyp #foryou #foryoupage #fyp #fypage #foryoupage ♬ AYAH AKU RINDU - Tri Suaka
Terdahulu, Johan dan isteri telah berangkat ke Tanah Suci apabila mendapat peluang bersama 11 lagi pengamal media untuk membuat liputan di sana serta menunaikan fardu haji.
Difahamkan, mereka semua dijemput khas oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu pada musim haji tahun 1445H ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 1.8 Juta Umat Islam Seluruh Dunia Tunai Ibadat Haji Tahun Ini

ARTIKEL BERKAITAN: Di Indonesia, Ada Yang Sudah Raya & Solat Aidiladha Hari Ini

ARTIKEL BERKAITAN: Hafal Al-Quran Sejak Muda, Mengajar Matematik Di Makkah Antara Fakta Menarik Tentang Sheikh Maher, Penyampai Khutbah Arafah Tahun…

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Kisah Menyayat Hati Jemaah Haji Palestin Yang Dijemput Raja Arab Saudi – “Kebahagiaan Saya Tidak Lengkap Tanpa Anak, Tanpa Suami”

ARTIKEL BERKAITAN: Waktu Paling Mustajab Berdoa, Ini Contoh Doa Sempena Hari Arafah

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.
Hiburan

“Buat Podcast Bagus, Asalkan Tidak Melanggar Hukum Agama..” - JoZan

gempak
11/09/2024
12:55 MYT
Dua pelawak popular, Zizan Razak dan Johan bersetuju platform podcast merupakan medium yang bagus untuk rakan-rakan dalam industri berkongsi informasi kepada masyarakat.
Filem

The Kings Of Comedy Is Back: Ini Perjalanan Karier Seni JoZan

gempak
20/08/2024
14:12 MYT
Gandingan dua bakat komedi, Johan dan Zizan sentiada memukau peminat komedi.
Hiburan

Pernah Jadi Juara, 'Chemistry' JoZan Sentiasa Ditunggu, Ini Momen Terbaik Mereka...

gempak
07/08/2024
09:55 MYT
JoZan merupakan gabungan dua pelawak hebat iaitu Johan dan Zizan Razak yang bermula sebagai peserta rancangan realiti, Raja Lawak musim pertama.