,
Laman Utama

“Kalau Orang Kenal Lagu Saja Pun Tak Apa, Asalkan Saya Ada Kerja Nak Sara Anak Bini” – Daqmie Muncul Dengan Sabda Kekasih

Fiza Kamarudin
17/09/2020
13:28 MYT
Penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan dan nasihat, Daqmie atau Azmee Abdul Manap tidak kecil hati lagu lebih dikenali berbanding dirinya.
Daqmie sebelum ini sukses dengan lagu Tangis Sebatang Tamar yang mencecah lebih 2.4juta tontonan di laman sosial Youtube.
“Tidak mengapa jika orang tak kenal saya. Asalkan orang tahu lagu saya dan boleh terima lagu saya itu dah cukup.
“Sekurang-kurangnya saya masih ada kerja dan boleh sara anak dan isteri saya. Populariti bukanlah segala-galanya buat saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaru Sabda Kekasih di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Lagu yang diangkat sebagai runut bunyi telefilem Sabda Kekasih ini merupakan hasil gubahan Daqmie dan Alfa Booty manakala lirik pula mendapat sentuhan peribadi pelakon utama dan penulis skrip telefilem ini sendiri iaitu Aeril Zafrel dan Abban Namus.
Sabda Kekasih merupakan single terbitan Respected Citizen Sdn. Bhd dan Arteffects Sdn. Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar. Bercerita mengenai kerjasamanya dengan Aeril Zafrel, Daqmie berkata dia sudah mengenali pelakon tersebut sejak mereka bekerja di syarikat produksi MIG.
“Dah lama kami kenal, lebih 10 tahun lalu…Aeril masih seperti dulu, sama juga dengan Wawa, mereka tidak pernah berubah walaupun kehidupan mereka kini jauh lebih senang berbanding dahulu.
“Saya sangat gembira untuk mereka dan mendoakan agar kedua-dua mereka terus dilimpahi rezeki oleh Allah SWT. “Mereka pasangan muda yang wajar dijadikan contoh kerana rajin berusaha untuk ubah hidup mereka. Dari tak ada apa-apa, sampai sudah menjadi usahawan sekarang,” katanya.
Bekerjasama dengan Aeril juga bukan satu masalah buat Daqmie kerana hubungan rapat yang sudah terjalin sejak sekian lama.
“Tidak sukar mencari keserasian kerana kami sudah biasa bekerja sama. Saya harap lagu ini dapat diterima semua,” katanya, Lagu Sabda Kekasih sudah boleh didapati di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music sejak 1 September lalu. Muzik video Sabda Kekasih kini boleh ditonton menerusi saluran Youtube Arteffects Media yang mula dimuat naik sejak 9 September lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wawa Zainal & Aeril Zafrel Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Isu Rumah Tangga Fattah, Fazura - “Bukan Sebab Curang, Mungkin…”

gempak
17/09/2024
01:37 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin masih lagi menjadi perbualan hangat di laman sosial selepas aktres itu dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Jumaat lalu.
Hiburan

“Tak Ada Sentuhan Atau Aksi Bukan-Bukan” - Abby Abadi

gempak
25/07/2024
02:08 MYT
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi tampil menjelaskan dakwaan netizen mengatakan dirinya kelihatan menggeletis dengan aktor, Aeril Zafrel.
Hiburan

Pernah Terjumpa Benda Mistik, Wawa Zainal Kongsi Ada Percubaan Runtuhkan Rumah Tangga?

gempak
18/06/2024
08:55 MYT
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal tidak menafikan terdapat beberapa percubaan mengganggu rumah tangganya bersama suami, Aeril Zafrel.
Hiburan

"Rasa Macam Nak Terberanak" - Wawa Zainal Menggigil Tahan Sejuk, Ditampar, Ditendang Demi Abnormal Buas!

gempak
05/06/2024
06:46 MYT
Pelakon Wawa Zainal mendedahkan dirinya sedang hamil sembilan bulan ketika menerima tawaran berlakon filem Abnormal Buas.
Hiburan

Anak Autisme, Aeril Zafrel: "Kita Tak Berada Di Tempat Mereka, Anggaplah Itu Ladang Pahala"

gempak
01/06/2024
04:52 MYT
Aeril Zafrel menyeru orang ramai yang memiliki anak-anak autisme untuk segera mendapatkan rawatan sewajarnya.