,
Gaya Hidup

"Kalau Kasut Harga Puluhan Ribu Letak Di Kaki, Kenapa Bila Tudung Mahal Cakap Riyak?" - Haliza Maysuri

Amri Hassan
07/01/2024
08:55 MYT
Jutawan tudung dan pemilik Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menegaskan syarikatnya masih memegang rekod tudung termahal di dunia dengan harga bernilai RM150,000 untuk sehelai tudung.
Nilai itu sekali gus memadamkan rekod sendiri pada tahun 2020 menerusi sehelai tudung berharga RM100,000.

BERITA TRENDING: RM100,000 Harganya! Lihatlah Ini Tudung Termahal Di Dunia

"Bawal Exclusive masih pegang rekod tudung termahal di dunia pada tahun 2020. Apabila semakin hari semakin kreatif buat rekaan terkini, hari ini terhasilah tudung berharga RM150,000. Ia hanya sehelai sahaja," katanya kepada Gempak.
Tambah Haliza, bagaimanapun tudung berharga ratusan ribu itu enggan didedahkan nama pemilik bagi mengelakkan isu berkaitan keselamatan.
Mengulas mengenai harga tudung mahal mencecah ratusan ribu ringgit, Haliza punyai rasionalnya sendiri.
"Untuk pengetahuan apabila tudung eksklusif ini, pembelinya minta dirahsiakan.
"Di Malaysia ni biasalah, kalau pakai tudung mahal sikit cakap riyaklah, nak menujuklah.
"Sedangkan kalau kasut harga belasan ribu letak di kaki, rakyat Malaysia sangatlah bangga. Kalau beg harga puluhan ribu, kenapa tidak tudung.
"Tapi, rakyat Malaysia tak boleh nak terima lagi bahawasanya harga tudung belasan atau ratusan ribu," tegasnya.

BERITA TRENDING: "Why Not Kan?" - Jutawan Tudung Haliza Maysuri Puas Hati Tempah Gaun RM250,000, Bertatahkan…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hiburan

Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Paksa Berhijab - “Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan”

gempak
06/09/2024
00:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan suaminya, aktor Sabri Yunus tudak pernah memaksanya untuk memakai hijab.
Viral

Beli Nasi Lemak Kosong RM5, Chef Zam Kena Bayar ‘Extra’ Untuk Sambal - “Kalau Nak, Tambah Duit Lagi”

gempak
22/08/2024
06:25 MYT
Tular di media sosial apabila personaliti masakan, Chef Zam memuat naik video mengenai ketidakpuasan hatinya setelah terpaksa membayar lebih untuk makanan yang dipesan di sebuah kedai makanan.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Henjutan Terakhir Bawa Azizulhasni Ke Pusingan Kedua, Cipta Rekod Baharu Kebangsaan

gempak
07/08/2024
15:35 MYT
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, mara ke pusingan kedua acara pecut Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menewaskan wakil Jerman, Luca Spiegel, di Velodorm Nasional Perancis.
Hiburan

Cantiknya! Peminat Puji Penampilan Scha Elinnea Berhijab - “Cantik, Dah Boleh Like Gambar”

gempak
04/08/2024
08:55 MYT
Perkongsian pelakon Scha Elinnea mencuri perhatian warganet apabila tampil mengenakan hijab baru-baru ini.