,
Berita

“Kalau Di Malaysia Geng Anti Vaksin Kata Agenda Yahudi, Tapi...”- Suami Ummi Nazeera Dedah Maklumat Palsu Mengenai Vaksin

Syafiqah Jalal
14/02/2019
09:37 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Izzar akui isu vaksin telah hangat diperkatakan sejak dahulu lagi.
Dr. Izzar berkata golongan pro-penyakit atau anti vaksin telah wujud bukan sahaja di Malasia malah seluruh dunia.
Namun menurutnya banyak maklumat plasu telah disebarkan oleh golongan anti vaksin tersebut.
“Alhamdulillah, Ayra baru je ambil vaksin dia.Sempat dia selfie dengan daddy @ayra.aneesah
“Vaksinasi ni memang isu yang hangat dari dulu. Vaksin diberikan ke kanak2 agar mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan
“Kanak-kanak diberi vaksin kerana sistem daya lawan jangkitan(imun) mereka yang lebih lemah berbanding orang dewasa. Vaksin membantu menguatkan sistem imun melalui rangsangan kepada sel pertahanan, lepastu boleh melindungi daripada komplikasi yang mengancam nyawa
“Ambil vaksin ni merupakan langkah pencegahan.Sebab tu kita vaksin kanak2 semasa dia sihat. Takkan nak tunggu sakit baru nak vaksin kan?
“Yang mendukacitakan sekarang ialah wujudnya golongan pro-penyakit/antivaksin bukan sahaja di Malaysia malah kat satu dunia ni ada. Banyak maklumat2 palsu yang disebarkan oleh golongan ni.
"Kalau kat Malaysia geng pro-penyakit ni cakap vaksin agenda Yahudi, kat US tu geng ni cakap vaksin tu agenda Muslim kot
“JAKIM pun dah keluar kenyataan kata suntikan vaksin ni bertepatan dengan nas-nas syarak, dan selari dengan prinsip maqasid al syariah dalam menjaga nyawa manusia
“So, nak apa lagi? Vaksin la anak2 tu. Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab. Kat Klinik Kesihatan tu free je.Taknak dengar cakap doktor pun takpelah.Kami ejen yahudi kan. Tapi ikutlah apa saranan JAKIM tu. Mufti-mufti kat JAKIM bukan ejen jahat macam Hydra tu.Kau ingat ni movie ke?” tulisnya.
Dr. Izzar berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
Rata-rata bersetuju dengan Izzar dan berterima kasih di atas info berguna yang dikongsikan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.
Hiburan

Elly Mazlein Lebih Selesa Sembunyi Muka Anak - “Saya Letak Emoji Di Instagram Sahaja, Tapi Kalau Di..”

gempak
17/09/2024
07:55 MYT
Tidak mendedahkan wajah anak kepada umum, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, memang selesa dengan tindakan itu.