,
Hiburan

"Kalau Boleh Bekerjasama Dengan David Foster, Ibarat Mimpi Jadi Nyata" - Nama

Kamaruddin Razal
08/04/2019
00:18 MYT
Kumpulan Nama yang mewakili Malaysia ke pentas akhir Asia’s Got Talent musim ketiga (AGT3) gembira dan bersyukur mendengar respon yang positif dari pihak juri.
Selepas selesai berentap di pentas akhir, penerbit muzik antarabangsa terkemuka, David Foster meletakkan Nama sebagai calon 'favorite' untuk memenangi program tersebut.
David juga merasakan Nama merupakan calon terdekat yang boleh bekerjasama jika diberi peluang dan menyifatkan kumpulan vokal wanita itu boleh digilap lagi serta dia boleh membantu mereka.
"Sejujurnya, kami sangat bersyukur dan gembira bila mendengar respon terbabit. Kami rasa teruja!
"Kalau betul kami boleh bekerjasama dengan David, ia ibarat mimpi menjadi nyata. Kami menyifatkan peluang itu sebagai sesuatu yang sangat besar dan pastinya kami tidak akan melepaskannya," kata Nur Fazrina Mohd Ani mewakili Nama ketika dihubungi Gempak.
Turut dianggotai oleh Noor Syamimi Makhetar, Norfazira Malik dan Nur Farahida Dolhadi, Nama mengakui mereka sangat berbangga kerana dapat membawa nama Malaysia di persada antarabangsa.
"Kami membawa harapan rakyat Malaysia dan kami sangat berbangga dengan perkara itu. Dalam masa yang sama, kami rasa tertekan juga kerana kami menggalas tanggungjawab yang berat.
"Kami sudah memberikan persembahan sehabis baik dan enggan melepaskan batuk di tangga. Kami mahu rakyat Malaysia bangga dan kami memberikan sepenuh hati kami.
"Kami berharap semua rakyat Malaysia dan peminat AGT3 dapat mengundi Nama dan kami berkemungkinan menjadi wakil Malaysia pertama yang memenangu AGT," kata Fazrina lagi.
Selain nama, seorang lagi wakil Malaysia, Yaashwin Sarawanan berjaya ke peringkat akhir AGT3 dengan menonjolkan bakat mengira dan diberi gelaran 'Human Calculator'.
Keputusan pertandingan akhir bakal diketahui pada Khamis ini, 11 April 2019.
AGT3 menawarkan hadiah wang tunai sebanyak AS$100,000 (RM408,151) kepada pemenang utama.
Keputusan pusingan akhir AGT3 bakal bersiaran di saluran AXN HD (Astro 721) dan AXN (Astro 701) bermula jam 8.30 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Apa Sebab Nak Perlekeh Keturunannya Pula?” - PU Syed Tampil Bersuara, Kurang Setuju Bab Isu Nama Keturunan

gempak
04/09/2024
00:53 MYT
Penceramah bebas, PU Syed tampil bersuara mengenai isu nama Syed dan Sharifah yang menjadi perbualan hangat di media sosial.
Hiburan

Fizi Ali Dedah Wajah Anak Ketiga, Pilih Nama Nurraisya Sofea - "Semoga Membesar Dengan Baik Ya Sayang"

gempak
26/08/2024
12:07 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali akhirnya tampil berkongsi wajah puterinya di platform Instagram.
Hiburan

Justin Bieber & Hailey Kongsi Nama Anak Sulung - “Jack Blues Bieber”

gempak
24/08/2024
07:55 MYT
Selebriti terkenal Hollywood, Justin Bieber dan isteri, Hailey mengumumkan kelahiran cahaya sulung mereka yang diberi nama, Jack Blues Bieber.
Berita

George Town Dikenali Semua, Tak Perlu Tukar Nama Tanjong Penaga

gempak
17/07/2024
13:45 MYT
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada sebarang isu berkaitan nama tempat dan keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
Hiburan

Netizen Petik Nama Ammar Alfian Belasah Kekasih, Ini Respons Tuan Badan

gempak
09/07/2024
04:25 MYT
Pelakon, Ammar Alfian menafikan dakwaan dia pelakon yang membelasah kekasih setelah dipetik nama oleh netizen.