Viral
"Kalau Betul UPNM Lahirkan Pembunuh, Mana Mungkin Senior Junior Boleh Lepak Sama Makan Semeja" - Lt Aiman Aufa
"Kalau betul Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) lahirkan pembunuh, mana mungkin senior dan junior boleh lepak sama-sama makan semeja," demkian kata-kata Leftenan Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu.
Penulis surat layang dan saksi pendakwaan kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain memberi reaksi itu menerusi hantaran di Instagram berikutan polemik di media sosial berhubung kes itu sejak akhir-akhir ini.
BERITA TRENDING: "Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara
Muhammad Aiman Aufa dalam hantaran itu mengajak alumni UPNM dan pengurusan sebarkan kebenaran, kebaikan dan segala yang positif mengenai universiti, selain tidak berdiam diri daripada buli siber."UPNM, tempat yang sangat dekat di hati saya.
"Bukan sahaja tempat menimba ilmu pengajian, malah tempat ini mengajar kami banyak ilmu kehidupan.
"Tempat kenal rakan, sahabat, kenalan. Tempat membina sahsiah perkasa jati diri," tambahnya.
Bagi Aiman Aufa, UPNM memainkan peranan yang penting membentuk dirinya menjadi seorang pegawai yang kompeten dalam perkhidmatan.
"Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih buat barisan Jurulatih dan pensyarah yang mendidik anak bangsa.
"Institusi ini juga telah memainkan peranan yang penting membentuk saya menjadi seorang pegawai yang kompetan dalam perkhidmatan.
"Tempat dimana saya belajar memberanikan diri keluar dari zon selesa, mencuba pelbagai perkara baru dan macam2 lagi. Terima kasih UPNM," tulisnya lagi.
BERITA TRENDING: SUHAKAM Bantah Hukuman Gantung Sampai Mati 6 Pembunuh Arwah Zulfarhan, Anggap Bukan Penyelesaian Adil
BERITA TRENDING: Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM
BERITA TRENDING: “Mana Suhakam Ketika Anak Saya Dibunuh?” - Ibu Bapa Zulfarhan
Must-Watch Video