,
Berita

"Kalau Awak Boleh Kahwinkan Saya Dengan Yas Sekarang, Saya Beri RM10,000 Dan..." - Zarina Anjoulie Respons Teguran PU Syed

ZULHILMI JALIL
08/05/2020
07:50 MYT
Pelakon Zarina Anjoulie akhirnya bersuara menjelaskan situasi sebenar selepas menerima teguran secara terbuka daripada Pencetus Ummah (PU) Syed di laman sosial berhubung tindakannya menayangkan kemesraan bersama teman lelakinya.
Menurut Zarina, dia dan kekasih yang dikenali sebagai Yas itu sebenarnya sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, namun, terdapat kekakangan yang tidak mengizinkan mereka mempercepatkan urusan tersebut.
"Terima kasih sudi menegur. Saya dan Yas tak marah. Awak dah DM kami cakap kena kahwin, cukuplah, lepas tu nak up-up lagi pasal kami?
"Ingat saya tak pergi jabatan agama ke? Senarai menunggu ramai. Ingat saya ini Zarina boleh potong queue (barisan). Saya netizen, rakyat biasa, saya tak dapat pas VIP.
"Saya minta maaf kalau saya dan Yas buat ada pihak tak selesa ke, terasa ke, terguris ke, tersakit hati, minta maaf.
"Sejujurnya kami dah cuba yang terbaik untuk nikah," katanya menerusi satu entri di Instagram TV miliknya.
Jelas Zarina yang dikenali dengan panggilan Anju itu, di sebalik kemesraan yang dipaparkan di media sosial bersama kekasihnya, dia sebenarnya tidak pernah pun duduk berdua-duaan.
"Kalau Anju dengan Yas kat rumah keluarga, dalam bilik ke, orang gaji saya ramai, akan sentiasa ada orang gaji tengah kemas, kami tak pernah berdua-duaan," katanya.
Dalam pada itu, kata Anju, dia turut terkilan apabila mendakwa PU Syed seolah-olah cuba mengambil kesempatan untuk meraih populariti dengan menggunakan namanya.
"Yang awak nak up up lagi, awak nak apa sebenarnya? Kalau awak nak reviu, saya boleh je bagi reviu percuma.
"Kalau awak boleh kahwinkan saya dan Yas, sekarang.. bukan bulan depan, bukan tahun depan, sekarang..saya bagi awak RM10,000 dan percuma reviu seumur hidup," katanya.
Terdahulu, PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Bakri Al-Yahya menegur perbuatan Anju yang memuat naik video kemesraan bersama kekasih hatinya.
BACA: "Takutlah Kepada Allah" - PU Syed Tegur Video-Video Mesra Zarina Anjoulie Dan Kekasih
Sebelum ini, Anju pernah berkahwin dengan warganegara Brunei, Pengiran Mohd. Ilham Syazwan pada Februari 2015 sebelum mereka dilaporkan bercerai pada Disember 2016.
Hasil perkahwinan pertamanya itu, Anju dikurniakan seorang anak lelaki Awangku Gabriel Martin Ezra.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Biarlah Saya Jadi Isteri Yang Baik" - Angeline Tan

gempak
20/09/2024
11:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dan menjadi seorang muslimah yang baik.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.