,
Hiburan

“Kalau Anda Cakap Saya Cantik, Terima Kasih” - Sofia Jane Utamakan Kesihatan, Dah Lama Tak Ambil Makanan Proses

Mya Amri
18/10/2024
14:04 MYT
Pelakon hebat, Datin Sofia Jane lebih mengutamakan soal penjagaan kesihatan bagi memastikan dirinya kekal cergas untuk menjalani tempoh penggambaran yang panjang.
Menurut Sofia, ramai yang obses tentang kecantikan dan awet muda tetapi perkara itu tidak akan mampu dicapai sekiranya tahap kesihatan merudum.
“Ketika ini, seperti menjadi satu obsesi orang ramai bila kita bercakap mengenai soal kecantikan.

“Saya merasakan pada usia saya sekarang, apa yang membuatkan saya terus melangkah adalah tahap kesihatan saya sendiri.

“Kalau saya ingin bekerja lebih lama lagi, saya mesti sihat secara mental dan fizikal. Pada ketika ini, itulah yang menjadi keutamaan saya.
“Kalau anda cakap saya cantik, terima kasih,” katanya.
Sofia berkata sedemikian ketika ditemui di set penggambaran drama One Cent Thief 2 di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

BERITA TRENDING: “Masih Lagi Bermimpi” - Ernie Zakri Hiasi Papan Iklan Digital Times Square New York Buat Kali Kedua

BERITA TRENDING: Belanjawan 2025: Yuran SBP, IPTA Akan Dinaikkan Kepada Kumpulan Kaya

Ditanya mengenai rutin penjagaan kesihatan, pelakon cantik berusia 52 tahun ini memaklumkan pemilihan pemakanan juga merupakan aspek yang penting.
“Setiap hari, bila saya bangun, saya akan pergi ke gimnasium untuk bersenam dan mengangkat beban.

“Saya juga amalkan makanan yang sesihat mungkin. Sudah lama saya tidak ambil makanan berproses dan makanan segera.

“Pada saya, untuk mencapai semua ini hanyalah asas dan sangat mudah tapi ramai yang tidak percaya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Sofia turut menasihati rakan-rakan pelakon untuk bijak membahagikan masa supaya badan memperoleh rehat yang cukup.

BERITA TRENDING: Dynas Nak Beri Motivasi Untuk Orang Bersenam, Tapi Lain Yang Netizen Tengok - “Saya Post Fasal Skipping, Banyak Gila Komen..."

BERITA TRENDING: Ingatkan Bergaduh! Rupanya Bruno Mars & Rosé Buat Gimik Untuk Lagu Baharu

“Buat wanita seusia saya terutamanya yang berkecimpung dalam dunia seni, tahap kesihatan kita kena sentiasa berada di tahap terbaik.
“Waktu kerja kita bukan dari 9 pagi hingga 5 petang. Kita kerja siang dan malam serta waktu yang tidak menentu.
“Malah, kesedaran terhadap kesihatan mental juga penting. Kerja kita memerlukan kita belajar, membaca dan memahami skrip. Ada banyak perkara yang kita perlu proses,” ujarnya
Dalam perkembangan terbaharu, Sofia bakal kembali membintangi drama One Cent Thief 2 bersama pelakon-pelakon lain seperti Syafiq Kyle, Azira Syafinaz, Fabian Loo dan Syarul Ezani.
One Cent Thief 2 dijadualkan tayangannya pada Januari 2025.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elak Pengambilan Gula Berlebihan Antara Tips Rosyam Nor Kekal Sihat - “Apabila Metabolisme Badan Mula Berkurang, Saya Terpaksa…”

gempak
09/10/2024
12:55 MYT
Masih dilihat cergas dan sihat pada usia 57 tahun, pelakon Datuk Rosyam Nor berkongsi tips penjagaan kesihatan.
Viral

Jarang Makan ‘Dessert’, Azizulhasni Awang Terpaksa Jamah Sebab Sambut Hari Lahir Isteri - “Saya Juga Dah Retired, So...”

gempak
09/10/2024
07:25 MYT
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berkongsi tidak akan menjamah pencuci mulut atau manisan sepanjang 20 tahun bergelar atlet.
Hiburan

Mahu Jaga Aib, Fattah Amin Ada Simpan Rahsia Fazura - “Saya Pun Dah Bersetuju Untuk Tidak Failkan Nusyuz”

gempak
07/10/2024
09:55 MYT
Pelakon Fattah Amin mendedahkan bahawa dia ada menyimpan satu rahsia berkaitan bekas isterinya, Fazura.
Hiburan

Jaga Pemakanan & Buat Aktiviti Fizikal,  Dina Nadzir Berjaya Hilang 17 Kilogram! - “Saya Sekarang Sangat Suka…”

gempak
05/10/2024
02:55 MYT
Menurut Dina, dia tidak melakukan sebarang diet khusus namun hanya menjaga pemakanan dan banyak melakukan aktiviti fizikal.
Viral

Penangan 'Cendawan Ajaib'! Lelaki Kerat Zakar & Simpan Dalam Balang, Doktor Sempat Sambungkan Tapi ...

gempak
01/10/2024
20:55 MYT
Seorang lelaki yang bercuti di Austria dan makan tumbuhan dikenali sebagai ‘cendawan ajaib’, mengalami gangguan mental sehingga mendorong dia memotong zakarnya dan menyimpan organ tersebut di dalam sebuah balang dipenuhi salji.
BorakSeeni