,
Hiburan

"Saya Dapat Idea Sewaktu Isteri Mengandung..." - Ikhwan Fatana Dedikasikan Lagu Cahaya Mata Sempena Kelahiran Anak Sulung

Ainun
18/10/2024
14:55 MYT
Penyanyi dan penulis lagu ternama, Ikhwan Fatanna, melahirkan karya terbaharu berjudul “Cahaya Mata”, sebuah lagu yang dicipta khas sempena kelahiran anak sulungnya iaitu bayi lelaki yang diberi nama Yusuf Musa Mohamad Fatanah pada 17 September lalu.
Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ikhwan dan dinyanyikannya sendiri memaparkan keindahan dan kegembiraan menjadi ibu bapa serta merakam detik-detik penuh makna dengan kelahiran insan yang membawa sinar baru dalam kehidupannya bersama isteri tercinta.
Lagu Cahaya Mata adalah cerminan kasih sayang, pengharapan dan syukur yang dirasai Ikhwan sebagai seorang bapa. Lirik yang ditulis dengan penuh kejujuran ini menyampaikan rasa cinta yang mendalam terhadap anaknya serta mengangkat tema tanggungjawab dan kebahagiaan yang hadir dengan kehadiran seorang anak.
Susunan muzik lagu ini lembut dan penuh emosi dengan melodi indah yang membangkitkan suasana keintiman serta kedamaian.
Ikhwan berkata, kelahiran cahaya mata mengubah perspektif dirinya mengenai kehidupan.
“Saya ingin berkongsi perasaan yang tidak terucap ini melalui lagu Cahaya Mata, sebagai tanda penghargaan untuk momen yang cukup indah yang saya dan isteri lalui. Lagu ini bukan sahaja untuk ibu bapa tetapi juga untuk sesiapa sahaja yang merasai keajaiban kasih sayang dalam keluarga.

“Lagu ini boleh dikatakan sangat istimewa kerana ia dihasilkan bersempena dengan kelahiran anak sulung saya pada 17 September yang lalu. Lagu ini saya dapat idea sewaktu isteri mengandung. Kalau tak silap saya ketika usia kandungan lima bulan. Oleh kerana saya berasa terlalu gembira dan bersyukur sangat ketika itu, saya nak terjemahkan rasa itu di dalam sebuah lagu.

“Sebenarnya, lagu ini saya fikir nak simpan untuk kenangan bersama keluarga saja. Tapi, bila saya bagi isteri dengar, dia kata lagu ini okey dan menarik. Saya ambil keputusan untuk kongsikan lagu ini bersama orang ramai sebab saya pasti ramai orang juga mengalami perasaan yang sama ketika menerima kehadiran cahaya mata,” katanya.
Ikhwan berkata, dia berharap lagu Cahaya Mata dapat menghiasi setiap keluarga kerana ada banyak elemen kebahagiaan dan syukur dalam lagu ini.
“Memang sangat luarbiasa perasaan ini apabila dikurniakan cahaya mata. Jadi, saya terjemahkan perasaan ini dalam lagu ini dan saya harap lagu ini dapat sambutan yang baik daripada semua. Saya berharap pendengar dapat menikmati lagu Cahaya Mata ini,” jelasnya.
Menurutnya, pelancaran lagu ini pada 18 Oktober 2024 bersamaan genap sebulan usia cahaya matanya sekarang.
“Pelancaran lagu ini pada 18 Oktober bersamaan genap sebulan umur anak saya sekarang. Jadi, lagu ini sangat istimewa untuk dia dan juga cahaya mata yang lain insya-Allah.

“Jika Allah kurniakan lagi rezeki ini, saya tidak menolak dan sangat bahagialah dengan anugerah ini. Untuk saya sebenarnya, tak ada apa lagi yang saya nak kejar kerana impian saya selama ini adalah untuk membina sebuah keluarga yang bahagia.

“Alhamdulillah, Allah kurniakan keluarga yang bahagia dan saya berharap dan berdoa agar dapat membawa kebahagiaan keluarga hingga ke akhirat, insya-Allah,” ulasnya.
Lagu Cahaya Mata terbitan syarikat rakaman Nova Music boleh mula distrim di semua pelantar penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music pada 18 Oktober 2024. Siaran perdana video muzik lagu tersebut akan berlangsung di saluran YouTube Nova Music Videos pada hari yang sama jam 3 petang.

BERITA TRENDING: Akibat Bentuk Badan Berisi, Ummi Nazeera Pernah Diejek - “Dia Panggil Saya Godzilla..”

BERITA TRENDING: Membesar Tanpa Figura Ayah, Nora Danish Akui Rasa Kekurangan - “Tak Pernah Tengok Keluarga Yang Betul-Betul Bahagia..."

BERITA TRENDING: Zoey Rahman Disihir, Kerap Muntah, Jadi Pemarah & Alami Kemurungan - "Saya Rasa Biasa Tetapi Pekerja Mula Tegur..."

BERITA TRENDING: Wah! Ruhainies Dapat Sejambak Bunga Lepas Balik Mahkamah

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Dayang Nurfaizah Sebak Dengarkan Lagu 'Mencintai Cinta' Nukilan Allahyarham Rudy Imran - "Rakam Dulu Takut Nanti Tak Sempat"

gempak
21/11/2024
21:55 MYT
Sesi pra-dengar album terbaharu 'Janji' Dayang Nurfaizah bertukar pilu apabila lagu berjudul 'Mencintai Cinta' hasil nurkilan Allahyarham Rudy Imran diputarkan kepada rakan media.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Unitar