,
Laman Utama

“Kalau Ambil Pelakon Berbakat, Ada 2,000 Pengikut Pun Karya Tu Boleh Berjaya…” – Nadia Aqilah

Fiza Kamarudin
06/01/2022
11:35 MYT
Pelakon Nadia Aqilah tidak bersetuju dengan budaya memilih pelakon bersandarkan jumlah pengikut yang tinggi di media sosial.
Tegas nadia, stesen televisyen tidak sepatutnya menjadikan perkara tersebut sebagai satu budaya atau ‘syarat wajib’.
“Sudah tentu bakat sangat penting dalam sesebuah naskhah. Beginilah…kalau ambil pelakon berbakat, yang ada 2,000 jumlah pengikut pun karya tu boleh berjaya.
“Secara tidak langsung, ia juga boleh membantu pelakon itu menambah jumlah pengikut di media sosial. “Dari sudut lain lagi, ada beza di antara pelakon dengan influencer. Kalau suruh pelakon buat video untuk ditularkan di media sosial, mungkin tidak berjaya.
“Jadi, bagi saya, percaya pada bakat dan bukannya populariti semata-mata,“ katanya.
Nadia Aqilah mula berada dalam industri seni sejak 16 tahun lalu dan sudah berkecimpung dalam pelbagai cabang seni termasuk lakonan drama, filem, teater dan menyanyi.
Nadia berkata, dia pernah terfikir bahawa kerjayanya sudah berakhir ketika memilih untuk berehat.
“Pada tahunn 2019 saya hamil anak pertama dah alami alahan teruk dan memilih untuk berehat dari dunia seni.
“Bila saya rancang nak kembali berlakon, negara kita dilanda pandemic Covid-19. Masa tu saya terfikir adakah kerjaya saya sudah berakhir?,” katanya.
Bagaimanapun kata Nadia, dia tidak bersikap memilih sebaliknya mahu membintangi karya yang lebih berkualiti dan boleh diingati penonton.
“Kalau boleh saya nak anak saya bangga melihat lakonan saya. Bukan sekadar ‘ada’ sahaja,” katanya.
Berkongsi lebih lanjut penglibatannya dalam drama bersiri Dukun Diva, Nadia berkata, watak Che Yah ialah seorang artis yang ‘tak menjadi‘ era 90-an. Wanita itu kemudian menggunakan bakatnya dengan menyamar menjadi dukun.
“Dah lama saya impikan untuk membawa watak komedi tetapi ada juga yang mempertikaikan. Bagi saya watak Che Yah ini berbeza dan itu menyebabkan saya tertarik untuk menerima tawaran bersama Dukun Diva.
“Saya harap penonton dapat menerima dan menyukainya,” kata Nadia.
Selain Nadia, Dukun Diva turut dibintangi Eyka Farhana, Emelda Rosemila, Tony Eusoff, Siti Khadijah Halim, Kahoe Hon, Adlin Aman Ramlie dan Aloy Paradoks.
Dukun Diva turut dimeriahkan lagi dengan penampilan istimewa barisan pelakon seperti Che Puan Juliana Evans, Douglas Lim, Aziz M Osman, Sanjana Suri, Anas Ridzuan, Mat London, Fadhli Masoot dan Dee Al Hadi.
Jangan lupa saksikan Dukun Diva di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9 malam, setiap Isnin, 9 malam.
Terlepas episod terdahulu? Strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Dukun Diva menjalinkan kerjasama bersama jenama lilin beraroma, Lampu Cherita, dan pengedar coklat tempatan, Love 18C bagi menghidupkan keunikan setiap karakter utama dalam drama Astro Original ini.
Cenderahati drama Dukun Diva edisi terhad ini boleh didapati di laman rasmi Lampu Cherita, www.lampucherita.com dan Love 18C, www.love18c.com. Istimewa untuk pelanggan Astro, diskaun tambahan boleh didapati melalui website Astro Rewards tertakluk pada terma dan syarat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Astro Shaw Rai Kemenangan Cheah Liek Hou Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia, Filem Gold Ditayang Semula Di Pawagam

gempak
03/09/2024
08:29 MYT
Jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), sekali gus menyumbang emas pertama untuk Malaysia tahun ini.
Keluang Man

CEO Etika Teruja Jalin Kerjasama Dengan Astro Shaw, Tak Sabar Tunggu Filem Keluang Man

gempak
27/08/2024
15:24 MYT
Tayangan filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man sememangnya amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Keluang Man

Astro Shaw Umum Keluang Man Tamat Penggambaran, Banyak Benda Menarik Menanti Penonton

gempak
26/08/2024
10:47 MYT
Penerbit filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man iaitu Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee baru sahaja ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’.
Filem

Pertama Dalam Industri Filem Malaysia, Astro Shaw Perkenalkan Trend Treler Multi-Programmatik

gempak
26/08/2024
07:45 MYT
Baik Punya Ah Long menjadi filem pertama di Malaysia yang menampilkan beberapa treler berbeza untuk ditayangkan di pawagam.
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.