Laman Utama

“Kalau Ada, Mereka Dah Berumur 20 Tahun” - Pertama Kali Merentas, Vida Ziarah Pusara Anak-Anak

gempak
Azwa Rahman
14/10/2021
09:24 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Ada, Mereka Dah Berumur 20 Tahun” - Pertama Kali Merentas, Vida Ziarah Pusara Anak-Anak
Usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida mengambil peluang kebenaran merentas negeri dengan menziarahi pusara dua orang anaknya iaitu allahyarham Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikri.
Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, ini kali pertama dia menjejakkan kaki menziarahi pusara anaknya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan baru-baru ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Vida berkongsi perjalanannya ke Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di Ipoh untuk tatapan umum.
“Sewaktu itu mereka 10 tahun dan 11 tahun, dah 8 tahun mereka takde, dan mereka dikebumikan dalam satu liang lahad.
“Jadi, inilah rentas negeri pertama saya, daripada tak boleh datang ke kawasan kubur, alhamdulillah hari ini boleh datang.
“Anak saya sangat hebat, dua-dua orang ni ahli syurga tertinggi Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikri. Kalau ada, mereka dah berumur 20 tahun. Anak mama yang hebat,” kata Vida di dalam video.
Tambah Vida lagi, masih segar dalam ingatannya mengenai insiden hitam yang meragut nyawa anak-anaknya itu.
“Dua putera saya dijemput ilahi dalam satu musibah dan tragedi yang tak boleh dilupakan sepanjang hayat.
“Pemergian mereka umpama saya pun turut ‘pergi’. Tiga bulan saya gagah bangkit melawan kesakitan kehilangan orang yang tersayang yang pergi tak kembali.
“Anak-anak syurga saya ni sedang menunggu saya di sana untuk kembali bersatu. Tunggu mama dan doakan mama,” ujar Vida lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya turut merasa sebak dan menitipkan ucapan takziah buat Vida sekeluarga.
Arwah Eddie dan Edrie meninggal dunia dalam satu kebakaran di rumah teres dua tingkat pada tahun 2013 di mana anak-anaknya ditemui di dalam bilik air.
Dalam tragedi tersebut, seorang pekerjanya turut terkorban dan dikebumikan di kampung halamannya di Bota, Perak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024