,
Hollywood

Kalahkan Zac Efron, Blake Shelton Lelaki Paling Seksi 2017

Amri Hassan
15/11/2017
04:41 MYT
Majalah People menyenaraikan komposer, penyanyi dan kini juri rancangan realiti The Voice, Blake Shelton sebagai lelaki paling seksi tahun 2017.
Majalah popular itu akan mengangkat ikon tersebut untuk menghiasi muka hadapan edisi November setiap tahun.
Blake, 41, disifatkan mempunyai pesona tersendiri dan mampu membuatkan ramai hati wanita cair apabila berdepan dengannya.
Hal itu terbukti apabila penyanyi Gwen Stefani sendiri jatuh hati dengan Blake ketika digandingkan dalam rancangan realiti The Voice beberapa tahun lalu.
Malah, Blake juga menempa kejayaan dalam bidang perniagaan apabila baru membuka sebuah restoran makanan segera berkonsepkan 'country' di Oklahama, Amerika Syarikat baru-baru ini.
"Blake Shelton merupakan lelaki paling seksi tahun ini dan paling penting dia sudah tidak sabar untuk menunjukkan wajahnya di edisi terbaharu People kepada Adam Levine," tulis People. Selain Blake, Zac Efron, Kumail Nanjiani, 50 Cent dan Armie Hammer tersenarai antara lima lelaki paling seksi menurut majalah People tahun ini.
"Sepanjang hidup saya rasanya tidak pernah rasa seksi jadi jika tahun ini saya disifatkan seksi, saya terima penghargaan ini," kata Blake.
Terdahulu, pelakon dan ahli gusti The Rock, Channing Tatum dan Chris Hemsworth pernah diangkat sebagai Lelaki Paling Seksi beberapa tahun sebelum ini.
The Rock diangkat sebagai Lelaki Paling Seksi 2016 manakala David Beckham pada tahun 2015.
Olahan oleh: Amri Hassan Sumber: ABC News, People
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.